Sepuluh tahun dahulu, seorang wartawan lelaki menjadi perhatian dunia apabila melempar sepatu ke arah mantan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.
Lelaki berkenaan, Muntazer Al Zaidi, kini menyertai dunia politik dan sudah menyusun strategi dalam pilihan raya di Iraq.
Muntazer, 39 tahun, bertanding sebagai calon dalam perebutan kerusi Parlimen negara itu sempena pilihan raya yang bakal berlangsung pada 12 Mei nanti.
Pencalonannya adalah di bawah gabungan politik Sa'eroun, yang terdiri daripada pakatan enam parti.
Antara isu yang diketengahkannya adalah tentang usaha membanteras rasuah, menegakkan integriti dan menyokong sistem pentadbiran negara yang lebih baik.
“Dengan pencalonan ini, saya berikrar untuk mengubah tindakan Amerika yang hanya menghasilkan acuan pemerintahan sektarian yang bercirikan rasuah,” ujar Muntazer kepada media tempatan.
Menurutnya, pemerintahan pada masa sekarang cuma mencetuskan peperangan, konflik dan perpecahan.
Pada pilihan raya Iraq nanti, kira-kira 7,000 calon akan merebut 329 kerusi di Parlimen.
Pada tahun 2008, Muntazer yang bekerja sebagai wartawan koresponden Al Baghdadia, iaitu sebuah organisasi berita bebas di negaranya, mencetus kontroversi apabila dia melempar kasut ke arah Bush.
Atas perbuatannya tersebut, dia dijatuhi hukuman tiga tahun penjara, namun dibebaskan lebih awal selepas menjalani hukuman selama sembilan bulan.
Agensi
Fri May 04 2018
Muntazer mencetus kontroversi pada tahun 2008 apabila berani membaling kasut ke arah Presiden Bush. - Reuters
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Pembunuhan doktor Bush bermotif balas dendam - Polis
Menurut Ketua Polis Houston, Art Acevedo, suspek berusia 65 tahun itu, Joseph James Papas, diklasifikasikan sebagai bersenjata dan berbahaya.
Obama terima pencen paling tinggi
Barack Obama menjadi penerima pencen antara yang paling tinggi sebanyak 1.153 juta US dolar tahun depan.