Dua warga Itali yang memperdaya mangsa untuk melabur dalam syarikat pakaian palsu atas nama aktor Hollywood, George Clooney, akhirnya ditangkap ketika sedang bersembunyi di Chon Buri, Thailand.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, Komander Bahagian Pembanterasan Jenayah Jiraphob Puridet pada Ahad berkata, suspek, Francesco Galdeli, 58, dan Vanja Goffi, 45, ditahan di sebuah rumah di daerah Bang Lamung berdekatan bandar Pattaya.
Waran tangkap kedua-dua mereka telah dikeluarkan oleh pihak Interpol.
Jiraphob berkata pihak berkuasa Itali telah berkongsi maklumat dengan polis Thailand selepas kedua-dua suspek melarikan diri daripada hukuman mahkamah di Itali.
Mahkamah di Milan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun 4 bulan dan denda sebanyak 14,500 Euro (RM68,000) ke atas Galdeli dan Goffi kerana terlibat dengan sindiket penipuan.
Modus operandi suspek pada 2010 adalah dengan memperdaya mangsa supaya mempercayai kewujudan satu label pakaian eksport atas nama George Clooney. Aktor itu sendiri telah menyaman mereka di Itali dengan nilai 3 juta Euro.
Melalui kaedah penipuan itu, mereka bagaimanapun berjaya memperoleh sekitar 1 juta Euro (RM5 juta), lalu melarikan diri ke Thailand pada tahun 2014.
Polis Thailand juga telah mendakwa mereka kerana menginap melebihi tempoh visa di Negara Gajah Putih itu, dan akan menyerahkan mereka ke pihak berkuasa Itali selepas selesai prosiding.
Agensi
Mon Jun 17 2019

Modus operandi suspek pada 2010 adalah dengan memperdaya mangsa supaya mempercayai kewujudan satu label pakaian eksport atas nama George Clooney. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Dua warga Itali guna nama George Clooney dalam sindiket pelaburan, dicekup di Thailand
Pihak berkuasa Itali telah berkongsi maklumat dengan polis Thailand selepas kedua-dua suspek melarikan diri daripada hukuman mahkamah di Itali.