Media-media dalam talian hari ini memetik Ketua Polis Sumatera Selatan Djoko Prastowo sebagai berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis Markas Besar dari Jakarta dan Polis Sumatera Selatan mengekori kedua-dua lelaki terbabit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang.
Katanya kedua-dua lelaki berumur 27 dan 22 tahun terbabit dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa dari Malaysia dan memasuki ke negara republik itu bagi tujuan pengedaran dadah.
Beliau berkata, setelah kedua-dua lelaki terbabit menginap di sebuah rumah kedai tidak jauh dari kota Palembang itu pada kira-kira pukul 10 pagi, polis terus membuat serbuan dan menahan mereka untuk membantu siasatan.
Setelah membuat pemeriksaan badan dan bagasi, polis menemui 20 kilogram dadah jenis syabu yang dipercayai dibawa masuk dari Malaysia.Djoko berkata kes itu diserahkan kepada Markas Besar Polis di Jakarta dan kedua-dua lelaki terbabit dibawa ke Jakarta bagi siasatan lanjut. -- BERNAMA