Dua militan dipercayai anggota unit Runda Kumpulan Kecil (RKK) maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Narathiwat.
Ketua Renjer Ke-46 Kol Pasit Chanlekha berkata, kejadian pada 11.30 pagi semalam itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Uyi Mukim Lalot, daerah Rusak di sini.
"Menerusi maklumat perisikan yang diperolehi, pasukan keselamatan telah mengepong rumah berkenaan dan meminta tiga lelaki berada dalam rumah itu supaya menyerah diri, tetapi mereka enggan dan menyebabkan berlakunya insiden berbalas tembakan selama 30 minit," katanya di sini hari ini.
Katanya, pasukan keselamatan turut meminta bantuan imam di kampung berkenaan untuk menasihatkan tiga lelaki berkenaan supaya menyerah diri tetapi permintaan beliau tidak dipenuhi.
Menurut Pasit, selepas insiden berbalas tembak itu tamat, pasukan keselamatan telah menemukan dua mayat anggota militan itu dikenali sebagai Ali Sulong, 23, dan Abulasae Sikat, 35, serta senjata api M-16 dan AK-47.
Anggota militan yang ditahan pula dikenali sebagai Mohamad Bulat, 25, katanya.
Dalam kejadian berasingan pada 4.30 semalam, dua anggota tentera cedera ringan selepas sebutir bom yang meletup di Jalan Narathiwat-Pattani terkena dua trak membawa anggota tentera pulang daripada pertempuran di Rusak.
Sementara itu, pihak Pusat Pemerintahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri ke-4 (ISOC4) semalam berkata ia akan mengadakan siasatan tentang dakwaan dua anggota renjer daripada Kompeni Renjer Ke-33 melakukan hubungan seks dengan dua wanita tempatan dua hari lepas.
Menurut penolong jurucakapnya Kol Yuttanam Pechmuang, kira-kira 200 penduduk mengadakan demonstrasi bagi membantah perbuatan itu semalam dengan meminta dikeluarkan anggota tentera yang ditempatkan di kampung itu serta dua anggota terbabit meminta maaf.
Yuttanam berkata, pihak ISOC meminta maaf atas kejadian itu dan akan melakukan siasatan terperinci mengenainya sama ada ia merupakan insiden rogol atau berlaku atas kerelaan dua wanita itu.
Bernama
Sun Jul 03 2016
Dalam kejadian berasingan pada 4.30 semalam, dua anggota tentera cedera ringan selepas sebutir bom yang meletup di Jalan Narathiwat-Pattani terkena dua trak membawa anggota tentera.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat tembakan di sekitar masjid di kawasan Wadi al-Kabir di ibu negara, Muscat.
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Insiden tembakan di selatan Jerman ragut 3 nyawa
Satu insiden tembakan di bandar Lautlingen, Baden-Wuerttemberg di selatan Jerman, mengorbankan tiga orang termasuk suspek.
Tiga terbunuh, 10 cedera dalam insiden tembakan di Arkansas, AS
Tiga orang maut dan 10 lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kedai runcit di Fordyce, Arkansas, Amerika Syarikat.
Dua maut, 6 dimasukkan ke hospital dalam insiden tembakan di Texas
Dua orang maut dan sekurang-kurangnya enam lagi dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius dalam insiden tembakan semasa sambutan Junteenth di Texas.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera
Semangat juang sebagai anggota Sang Saka Biru mendorong Sarjan Mohd Hasif cuba menghentikan insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor meskipun beliau mengalami kecederaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
2 terbunuh, 2 cedera selepas tembakan di New Orleans
Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di New Orleans, bandar terbesar di negeri Louisiana, Amerika Syarikat.
4 maut, 1 cedera dalam insiden tembakan di Georgia
Seramai empat orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bandar Georgia berhampiran ibu negara Tbilisi pada Jumaat.
7 maut dalam insiden tembakan di AS, suspek bersenjata diburu
Polis Illinois sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai menembak mati tujuh individu di dua buah rumah di bandar Joliet.