QUEBEC:Sambutan Halloween di Bandar Quebec, Kanada pada Sabtu malam bertukar tragedi apabila dua maut manakala lima yang lain cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau dikatakan menyerang secara tiba-tiba.
Menurut Polis Quebec, individu yang tidak didedahkan identitinya itu menyerang orang awam yang sedang mengadakan sambutan Halloween dengan memakai pakaian ala zaman pertengahan.
Insiden yang berlaku berdekatan bangunan parlimen itu menyebabkan suasana panik sebelum suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.
Bagaimanapun, lelaki berusia 20-an itu berjaya ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian beberapa jam selepas serangan tersebut.
Lima yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran manakala dua disahkan maut di tempat kejadian.
Polis masih menyiasat secara terperinci motif sebenar kejadian itu.
Polis terpaksa mengeluarkan arahan agar semua penduduk berhampiran tidak keluar rumah bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini dan membolehkan siasatan dijalankan.
Agensi
Sun Nov 01 2020
![Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604226533_TBQuebecstabbings.jpg)
Sambutan Halloween di Quebec bertukar tragedi selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau dikatakan menyerang secara tiba-tiba. - Foto Twitter / @JordanRaiden
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Tragedi Halloween Itaewon: Polis keluarkan hasil siasatan minggu ini Tragedi Halloween Itaewon: Polis keluarkan hasil siasatan minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667202812_SEOUL.jpg)
Tragedi Halloween Itaewon: Polis keluarkan hasil siasatan minggu ini
Unit polis khas yang ditugaskan menyiasat kejadian rempuhan maut di Itaewon akan mendedahkan hasil siasatan pada minggu ini.
![Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667202812_SEOUL.jpg)
Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban
Kementerian Luar Negeri harini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea.
![Tragedi Halloween Itaewon: 149 maut, 76 cedera dalam rempuhan di Seoul Tragedi Halloween Itaewon: 149 maut, 76 cedera dalam rempuhan di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81667077874_stampede.jpg)
Tragedi Halloween Itaewon: 149 maut, 76 cedera dalam rempuhan di Seoul
Ia merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan COVID dan penjarakan sosial.
![Puluhan terkena serangan jantung di sambutan Halloween Puluhan terkena serangan jantung di sambutan Halloween](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667061528_SouthKoreaHallowee.jpg)
Puluhan terkena serangan jantung di sambutan Halloween
Mangsa dihimpit orang ramai yang saling bertolakan di sebuah lorong sempit semasa sambutan Halloween di Seoul.
![Halloween: Kostum, topeng pembunuh dan awet 17 lelaki Jeffrey Dahmer dilarang dijual Halloween: Kostum, topeng pembunuh dan awet 17 lelaki Jeffrey Dahmer dilarang dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666757785_DAHMER.jpg)
Halloween: Kostum, topeng pembunuh dan awet 17 lelaki Jeffrey Dahmer dilarang dijual
Kostum dengan tema pembunuh bersiri Dahmer dilarang dijual termasuk di platform jual beli online eBay.
![5 maut, 6 cedera insiden tembakan di kelab malam Panama 5 maut, 6 cedera insiden tembakan di kelab malam Panama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635554506_shooting.jpg)
5 maut, 6 cedera insiden tembakan di kelab malam Panama
Insiden dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara dua kumpulan jenayah.
![Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604226533_TBQuebecstabbings.jpg)
Dua maut, lima cedera dalam serangan ketika sambut Halloween
Insiden yang berlaku berdekatan bangunan parlimen itu menyebabkan suasana panik sebelum suspek bertindak melarikan diri sejurus kejadian.
![Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538456330_asteroid.jpg)
Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi
Asteroid yang dinamakan sempena buah labu yang sinonim dengan perayaan Halloween itu pernah merentasi bumi pada 31 Oktober 2015.
![Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51510054346_BomHalloween.jpg)
Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek berusia 35 tahun yang berasal dari Sana'a, Yaman itu hadir menyerah diri kira-kira 6 petang ini.
![PM Kanada dedah identiti diri sebagai Superman PM Kanada dedah identiti diri sebagai Superman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71509513679_JustinTrudeau.jpg)
PM Kanada dedah identiti diri sebagai Superman
Sebaik sahaja bertemu dengan kumpulan wartawan berkenaan, beliau membuka butang baju kemejanya dan mendedahkan kostum adiwira Superman.