NEW DELHI: Presiden Baharu India Droupadi Murmu, seorang ahli politik wanita berusia 64 tahun daripada masyarakat asli berkata pemilihannya untuk jawatan tertinggi di negara itu menunjukkan golongan miskin di India juga boleh memasang impian.
Murmu mengangkat sumpah sebagai presiden pada majlis yang diadakan di dewan parlimen di New Delhi pada Isnin.
"Pemilihan saya membuktikan fakta bahawa orang miskin di India juga boleh mempunyai impian dan juga menggapainya," kata Murmu.
"Melihat kembali kepada latar belakang saya, ia umpama mimpi untuk saya mendapat pendidikan rendah. Meskipun banyak halangan, keazaman saya tetap utuh sehingga menjadi gadis pertama di kampung saya untuk melanjutkan pelajaran ke kolej," kata Murmu.
Beliau menggantikan Ram Nath Kovind sebagai ketua negara India.
Murmu anak kelahiran sebuah perkampungan puak asli di negeri timur Odisha pernah menjadi guru sekolah sebelum menyertai politik.
"Jawatan Presiden ini bukanlah pencapaian peribadi saya, sebaliknya merupakan pencapaian setiap orang miskin di India," kata Murmu.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai gabenor negeri Jharkhand antara 2015 dan 2021.
Beliau juga merupakan presiden wanita kedua India selepas Pratibha Patil, yang penggal lima tahunnya berakhir pada 2012.
Murmu, calon parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, bekas menteri persekutuan, dalam pemilihan minggu lalu.
Presiden India dipilih oleh anggota dewan secara undi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Murmu mengangkat sumpah sebagai presiden pada majlis yang diadakan di dewan parlimen di New Delhi pada Isnin. - Foto AP

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dipilih sebagai Presiden India bukti rakyat miskin juga boleh memasang impian - Droupadi Murmu
Murmu mengangkat sumpah sebagai presiden pada majlis yang diadakan di dewan parlimen di New Delhi pada Isnin.

Droupadi Murmu presiden baharu India
Seorang ahli politik wanita daripada komuniti puak di negeri timur Odisha bakal menjadi presiden baharu India.