BANGKOK: Bagaikan cinta labah-labah pada telurnya; umpama kasih sayang yang tidak dapat dipisahkan.
Kisah seorang lelaki warga emas di Bangkok, Thailand ini bagaikan cinta sejati yang tiada tolok bandingnya.
Bagi warga emas Chan Chanwatcharakarn, 72, dia rela tidur di sebelah mayat isterinya dan 'berbual' seolah-olah suri hatinya itu masih hidup.
Memetik laporan Asia One, Chan memberitahu, dia terlalu mencintai isterinya sehingga membuatkan dia tidak dapat berpisah dan mengambil keputusan untuk menyimpan mayat cinta sejatinya itu di dalam rumah.
Tindakan Chan turut tidak disukai dua anak lelakinya yang mengambil keputusan meninggalkan kediaman mereka.
Difahamkan, isteri Chan meninggal dunia pada 2001 akibat pendarahan otak setelah mengalami tekanan darah tinggi.
Namun, pada 30 April lalu, selepas 21 tahun, barulah tergerak hati Chan untuk 'melepaskan' mayat isteri tercintanya yang disimpan di dalam keranda di rumah.
Memandangkan usianya yang semakin meningkat selain bimbang tidak dapat melakukan upacara pengebumian untuk isterinya, Chan Chanwatcharakarn akhirnya bersetuju mayat wanita itu disemadikan.
Chan meminta bantuan Yayasan Petchkasem Krungthep untuk menguruskan upacara pembakaran mayat dan persemadian yang diadakan di sebuah wat di Bangkok pada Isnin.
Dalam satu siaran langsung menerusi Facebook Live, Chan dilihat menangis teresak-esak sambil menjerit.
"Kamu hanya pergi seketika untuk urusan ringkas, kamu akan kembali ke rumah, tidak lama lagi. Saya janji," kata Chan.
Abu mayat wanita itu kemudian diletakkan di dalam tempayan dan Chan berkata akan menyimpannya hingga ke akhir hayatnya.
Chan Chanwatcharakarn di usia mudanya merupakan seorang bekas pegawai tentera yang memiliki beberapa ijazah termasuk dalam jurusan farmasi dan undang-undang, manakala isterinya ialah bekas kakitangan Kementerian Kesihatan Thailand.
Astro Awani
Fri May 06 2022

Chan Chanwatcharakarn akhirnya tergerak hati 'melepaskan' mayat isteri tercintanya untuk disemadikann. -Facebook/Phetkasembangkok

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Demi 'cinta sejati', lelaki ini simpan mayat isteri selama 21 tahun sebelum disemadikan
Bagi warga emas Chan Chanwatcharakarn, 72, dia rela tidur di sebelah mayat isterinya dan 'berbual' seolah-olah suri hatinya itu masih hidup.