HANGZHOU: Forum Data Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali keempat mengeluarkan Deklarasi Hangzhou sebelum melabuhkan tirainya di bandar Hangzhou, pada Khamis.
Deklarasi itu menyeru tadbir urus data global untuk mendorong pelaksanaan Agenda PBB 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
"Data yang berkualiti tinggi, tepat pada waktunya, terbuka dan inklusif merupakan komponen penting dalam usaha mempercepatkan langkah bagi mewujudkan Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan menangani pelbagai krisis," memetik deklarasi itu.
Timbalan Ketua Bahagian Statistik bagi Majlis Ekonomi dan Sosial PBB, Francesca Perucci berpendapat bahawa prinsip yang termaktub dalam Deklarasi Hangzhou bertujuan untuk membolehkan data terbabit dapat digunakan secara serius dan berkesan serta memainkan peranan yang wajar selain boleh dikongsi dan digunakan semula.
Selain membina ekosistem data yang terbuka dan inklusif, inovasi teknologi data juga merupakan topik penting pada forum edisi kali ini.
Menurut Naib Pengarah Biro Statistik Kebangsaan China, Mao Youfeng, tindakan perlu diambil untuk mempercepatkan langkah inovasi teknologi dalam konsep dan aplikasi data, memperkasa kerjasama dan pertukaran dalam bidang statistik, selain menggalakkan pemulihan ekonomi global dengan data statistik yang pelbagai dan terperinci, serta kaedah teknikal yang maju dan cekap.
Kawasan pameran seluas 2,000 meter persegi pada forum tahun ini menghimpunkan perwakilan dari institusi dan perusahaan data dari pelbagai negara untuk mempamerkan pengalaman China dan praktik negara lain dalam tadbir urus data.
Antaranya, zon pameran statistik pintar China menarik sejumlah besar pengunjung dan data raya, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin merupakan tiga bidang teknikal yang paling menarik perhatian para pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Deklarasi itu menyeru tadbir urus data global untuk mendorong pelaksanaan Agenda PBB 2030 bagi SDG. -Twitter @UNDataForum
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
Deklarasi Hangzhou seru tadbir urus data global
Deklarasi itu menyeru tadbir urus data global untuk mendorong pelaksanaan Agenda PBB 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).