Presiden Lubnan, Michel Aoun memanggil Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan yang mengorbankan lebih 70 nyawa.
Aoun berkata mesyuarat yang diadakan itu bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu.
"Seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.
"Dalam masa sama, kerajaan meluluskan sejumlah AS$65 juta daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan," katanya yang dipetik laporan AP pada Rabu.
Dalam pada itu, Aoun turut mempersoalkan tindakan gudang bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.
Beliau turut berikrar akan mengambil tindakan keras terhadap pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan letupan berkenaan.
"Kilang berkenana telah diberi amaran sejak 2014 selepas didakwa melanggar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan," ujarnya.
Agensi
Tue Aug 04 2020

Letupan yang mengorbankan lebih 70 nyawa di Beirut, Lubnan. -AP

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Treler dengan muatan ammonium nitrat terlibat nahas
Sebuah lori membawa muatan ammonium nitrate manakala sebuah lagi muatan skru.

Misi bantuan Lubnan: Cyprus sumbang 70 tan makanan, ubatan
Rakyat Cyprus menerusi gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menghantar 70 tan bantuan awal seperti makanan, peralatan perubatan dan generator elektrik kepada Lubnan.

Australia salur bantuan kemanusiaan tambahan kepada Lubnan
Morrison juga menegaskan pentingnya penyiasatan yang dipercayai dan bebas berhubung letupan yang membunuh 160 orang dan mencederakan 6,000 orang serta telah meningkatkan kemarahan orang ramai.

Wanita selamat lahirkan bayi ketika hospital hampir ranap dalam letupan Beirut
Video yang dirakam Edmond menyaksikan tingkap hospital berkenaan berkecai dan berderai sebaik isterinya ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.

Letupan Beirut: Bantuan kemanusiaan mula disalur
Antaranya, Perancis mula mengerahkan pasukan bantuan menerusi penerbangan khas ke ibu kota negara tersebut.

Rentetan peristiwa sebelum tercetusnya letupan besar Beirut
Meskipun menyedari akan risikonya, namun dalam tempoh itu tiada kata putus dibuat meskipun pemimpin pihak berkuasa silih berganti.

Lima tragedi besar akibat letupan ammonium nitrate
Lima kejadian letupan ammonium nitrat yang tercatat dalam sejarah dunia antara 1900 hingga 2020

Darurat dua minggu diisytihar di Beirut susulan letupan
Kerajaan Lubnan meluluskan sejumlah AS$65 juta daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan.

KDN akan kaji undang-undang berkaitan bahan letupan - Nur Jazlan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan kajian bagi mengemas kini undang-undang berkaitan bahan letupan di negara ini.