NEW YORK: Dana amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 2016 sudah membantu 43,000 mangsa eksploitasi dan penderaan seksual, lapor Xinhua memetik jurucakap PBB.
Jabatan Strategi Pengurusan, Dasar dan Pematuhan PBB telah mengeluarkan laporan tahunan dana amanah itu mengenai bantuan yang diberikan kepada mangsa yang turut meliputi aktiviti pada tahun 2022, kata Stephane Dujarric, ketua jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
"Laporan itu menyediakan butiran mengenai enam projek yang dilaksanakan di Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Haiti, Liberia dan Sudan Selatan, dan telah memberi kesan positif kepada kehidupan mangsa," kata Dujarric.
Beliau berkata dana amanah itu telah menerima sumbangan sebanyak US$4.8 juta daripada 24 negara anggota dan wang pembayaran daripada mereka yang dikenal pasti terbabit dalam kes eksploitasi dan penderaan seksual.
"Ini telah membantu membiayai bantuan dan perkhidmatan sokongan kepada mangsa dan kanak-kanak yang dilahirkan akibat eksploitasi dan penderaan seksual.
"Setakat ini, lebih 43,000 mangsa dan anggota masyarakat yang terjejas telah menyertai aktiviti menjana pendapatan atau menerima pelbagai bentuk sokongan," kata Dujarric.
Jurucakap itu berkata pembiayaan tambahan akan membantu mangsa dan anak-anak mereka membina semula kehidupan, memecahkan stigma dan terlibat semula dalam komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Setakat ini, lebih 43,000 mangsa dan anggota masyarakat yang terjejas akibat eksploitasi dan penderaan seksual telah menyertai aktiviti menjana pendapatan atau menerima pelbagai bentuk sokongan. - Gambar hiasan

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.

Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.

'Dikerah kerja lebih masa, pergerakan dikawal'
Semakan mendapati tiga pekerja lelaki itu ialah warga Myanmar berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Dana amanah PBB bantu 43,000 mangsa penderaan seksual sejak 2016
Enam projek dengan kesan positif telah dilaksanakan di Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Haiti, Liberia dan Sudan Selatan.

131 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan tahun ini - Rina
Kesemua mereka kini ditempatkan di rumah perlindungan milik kerajaan dan NGO serta diberi perintah perlindungan interim (IPO).

Polis selamatkan wanita Indonesia disyaki dieksploitasi majikan
Wanita berusia 26 tahun itu diselamatkan pada 5.45 petang oleh sepasukan anggota polis daripada jabatan itu susulan aduan awam.

Enam warga Nepal dijadikan buruh paksa diselamatkan
Seramai enam orang lelaki warganegara Nepal berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) daripada menjadi mangsa eksploitasi sebagai buruh paksa oleh sebuah syarikat pengawal keselamatan.

Usahawan Malaysia digesa daftar harta intelek, elak dieksploitasi
Gesaan itu dibuat kerana PKS di negara ini masih kurang kesedaran mengenai kepentingan untuk mendaftarkan harta intelek berbanding syarikat-syarikat besar.