PASTI anda pernah terbaca kisah doktor yang menemui pelbagai objek ketika membedah perut seseorang pesakit kan?

Kisah ini lebih dahsyat apabila seorang doktor di sebuah hospital kerajaan di Mandi, India menemui pelbagai objek dalam perut pesakitnya.

Kisah bermula apabila seorang pesakit berusia 35 tahun mendapatkan rawatan daripada salah seorang doktor di Hospital Shri Lal Bahadur Shastri akibat sakit perut.

Bagaimanapun selepas selesai imbasan x-ray, doktor yang merawat pesakit itu terkejut apabila paparan x-ray menunjukkan ada longgokan objek dalam perut lelaki itu.

Doktor yang merawat pesakit itu terkejut apabila paparan x-ray menunjukkan ada longgokan objek dalam perut lelaki itu. Foto: Times of India

Memetik laporan portal Times of India, pembedahan terpaksa dilakukan dan hasil pembedahan mendapati terdapat lapan sudu, dua berus gigi, dua pemutra skru kecil, satu pisau dan satu batang besi kecil dalam perut pesakit itu.

Hasil pembedahan mendapati terdapat lapan sudu, dua berus gigi, dua pemutra skru kecil, satu pisau dan satu batang besi kecil dalam perut pesakit itu. Foto: Times of India

Hasil pembedahan mendapati terdapat lapan sudu, dua berus gigi, dua pemutra skru kecil, satu pisau dan satu batang besi kecil dalam perut pesakit itu. Foto: Times of India

Proses pembedahan terpaksa menggunakan khidmat empat pakar perubatan dan mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan kesemua objek tersebut.

Menurut salah seorang doktor yang terlibat, Dr Suraj Bhardwaj, difahamkan pesakit ini mengalami gangguan psikiatri yang dikenali sebagai pica di mana ia membuatkan pesakit mahu makan makanan pelik seperti batu, sabun, rambut dan sebagainya.

 Proses pembedahan terpaksa menggunakan khidmat empat pakar perubatan dan mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan kesemua objek tersebut. Foto: Times of India


Pesakit yang tidak didedahkan namanya ini kini dalam pemantauan doktor dan berada dalam keadaan stabil.