SEORANG pakar bedah di South Carolina, Amerika Syarikat berdepan tindakan mahkamah selepas dilaporkan membuat pembedahan pada bahagian salah, seorang wanita Januari lepas.
Natalie Avilez mendakwa pakar bedah telah lakukan pembedahan pada bahagian salah di tulang belakangnya itu, lapor stesen televisyen WLTX.
Avilez berkata, pakar bedah tersebut telah mengaku membuat kesilapan itu selepas menemuinya di bilik pemulihan.
"Dia meminta maaf dan berkata dia telah membuat kesilapan dengan membedah pada bahagian yang salah.
"Dia cuba untuk mendaftar saya semula untuk menjalani satu lagi pembedahan namun jururawat tidak membenarkan dia berbuat demikian kerana saya belum sedar sepenuhnya," kata Avilez seperti dipetik portal berita Newsweek.
Sebelum ini Avilez mengalami kesakitan pada bahagian belakang sebelum dinasihati jalani pembedahan.
Namun menurut laporan kesihatan yang diperolehi WLTX, Avilez mengalami kesakitan pada bahagian kanan tulang belakang namun pembedahan dilakukan pada bahagian kiri.
Sehari selepas pembedahan pertama, Avilez menjalani pembedahan kedua bagi membetulkan kesilapan berkenaan.
Namun, dakwa Avilez, kesakitan di bahagian belakang yang dialaminya semakin buruk.
"Saya sentiasa berada dalam kesakitan. Saya rasa lebih baik jika saya tidak lakukan pembedahan langsung," ujarnya lagi.
Avilez telah menfailkan tuntutan mahkamah terhadap pakar bedah berkenaan.
Namun ketika ini di Amerika Syarikat, semua doktor terlindung daripada apa-apa tindakan mahkamah berikutan Akta Kesediaan Kecemasan dan Kesiapsiagaan Awam yang diluluskan kerajaan pada Mac 2020 sebagai salah satu langkah dalam era pandemik COVID-19, lapor Newsweek.
Akta ini melindungi para doktor atau syarikat perubatan yang mengeluarkan, mengedarkan atau menggunakan ubatan atau alat perubatan untuk merawat pesakit COVID-19 atau memerangi pandemik COVID-19.
Namun peguam Avilez mempertikaikan penggunaan akta tersebut dalam kes ini kerana ia tidak melibatkan virus COVID-19.
Astro Awani
Thu May 13 2021
Avilez berkata, pakar bedah tersebut telah mengaku membuat kesilapan itu selepas menemuinya di bilik pemulihan. - Gambar hiasan
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
Wanita merana selepas doktor bedah bahagian salah
Seorang pakar bedah di South Carolina, Amerika Syarikat berdepan tindakan mahkamah selepas dilaporkan membuat pembedahan pada bahagian salah, seorang wanita Januari lepas.
Dahsyatnya! Doktor tekejut dalam perut pesakit ini ada..
Kisah ini lebih dahsyat apabila seorang doktor di sebuah hospital kerajaan di Mandi, India menemui pelbagai objek dalam perut pesakitnya.
Pakar bedah gila seks dihantar pulang ke Malaysia
Seorang pakar bedah kelahiran Malaysia di Sydney yang dipenjara kerana menyebabkan kematian dua pelacur akibat dadah, Dr Suresh Nair dihantar pulang ke negara ini.