GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 yang semakin serius di China selepas negara itu menamatkan sebahagian polisi sifar virus berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa kadar vaksinasi negara itu yang rendah boleh akibatkan sejumlah besar rakyatnya terdedah kepada jangkitan.

Jelas tedros, pihaknya memerlukan lebih maklumat mengenai tahap jangkitan COVID-19 di China, khususnya mengenai kemasukan ke hospital dan unit nrawata rapi (ICU).

Ia bagi membolehkan penilaian risiko di buat bagi negara itu.

"WHO sangat prihatin terhadap situasi di China yang melaporkan peningkatan kes semakin teruk.

"Untuk membuat penilaian risiko menyeluruh tentang situasi di lapangan, WHO memerlukan maklumat yang lebih terperinci tentang keadaan sebenar penyakit, kemasukan ke hospital dan keperluan untuk sokongan ICU.

"WHO menyokong usaha China memberi vaksin kepada individu yang berisiko tinggi di seluruh negara," katanya.

Walaupun kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan menurun lebih daripada 90 peratus, namun kesimpulan bahawa wabak itu telah berakhir belum boleh dimuktamadkan.

Beberapa pakar beri amaran penyebaran COVID-19 yang tidak terkawal di China boleh mendorong  kepada kemunculan varian baharu.