HANOI: Vaksin kedua keluaran Vietnam, Covivac, kini memulakan ujian klinikal fasa dua dengan memilih sukarelawan berkelayakan, di wilayah Vu Thu wilayah Thai Binh pada Rabu, lapor Agensi Berita Vietnam.
Ujian saringan dilakukan selama enam hari, dan suntikan dos pertama akan dilakukan pada 18 Ogos.
Seramai 375 sukarelawan yang terpilih daripada 750 penduduk tempatan di daerah Vu Thu, akan dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu dos 3mcg, 6mcg serta suntikan vaksin AstraZeneca.
Menurut Jawatankuasa Etika bahagian Penyelidikan Bioperubatan, Kementerian Kesihatan penilaian fasa satu Covivac melibatkan 120 sukarelawan pada 15 Mac lalu dan hasilnya amat memberangsangkan membolehkan ia diteruskan kepada fasa dua.
Covivac adalah hasil penyelidikan bersama antara Universiti Perubatan Hanoi dan Institut Kebersihan dan Epidemiologi Negara (NIHE). Vaksin tersebut menggunakan kultur sel embrio ayam - teknik yang digunakan institusi berkenaan sebelum ini bagi menghasilkan vaksin selesema bermusim.
Pengarah pusat kajian klinikal NIHE, Profesor Madya, Dr. Vu Dinh Thiem berkata, sukarelawan terpilih mestilah berumur 18 tahun hingga 80 tahun, termasuk mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes tetapi menjalani rawatan berkala.
Sekiranya fasa dua berjalan lancar, pasukan penyelidik akan mengumpul sampel darah sukarelawan pada hari ke-42 vaksinasi, iaitu akhir September.
Pada hari ke-57, para sukarelawan akan terus menjalani pemeriksaan fizikal serta penilaian ujian darah dan analisis sebelum fasa ketiga melibatkan 1,000 sukarelawan dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
![COVID-19: Vietnam mulakan ujian klinikal fasa dua vaksin buatan tempatan, Covivac COVID-19: Vietnam mulakan ujian klinikal fasa dua vaksin buatan tempatan, Covivac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628686689_BPCOVIVAC.jpg)
Hasil penilaian fasa satu Covivac di Vietnam melibatkan 120 sukarelawan pada 15 Mac lalu amat memberangsangkan. - Gambar / Facebook @Truyn hnh Qung Ngi
Tender projek Jambatan Rambungan akan diserah bulan depan
Tender semula bagi penyambungan projek Jambatan Rambungan akan diserahkan bulan depan kepada kontraktor penyelamat untuk menyelesaikan sekitar 45 peratus baki kerja pembinaannya.
Jambatan Bintangor dijadual siap pada April 2025
Projek jambatan Bintangor di Perkampungan Nombor, Kuching kini dijadualkan siap pada April 2025 selepas kontrak dilanjutkan selama 819 hari susulan kerja-kerja mengalih fasiliti utiliti elektrik dan telekomunikasi oleh agensi bertanggungjawab selesai.
![Bekas CEO MARii dipenjara setahun, denda RM100,000 Bekas CEO MARii dipenjara setahun, denda RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706517466_MadaniSahari.jpg)
Bekas CEO MARii dipenjara setahun, denda RM100,000
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara terhadap Datuk Mohamad Madani Sahari berjalan serentak bermula hari ini.
Acara sepak takraw regu berpasukan wanita diteruskan
Penganjuran acara sepak takraw berpasukan wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 akan diteruskan mengikut jadual.
![RUU Warganegara: KDN sudah bentang kepada Majlis Raja-Raja, perlu perhalusi lagi RUU Warganegara: KDN sudah bentang kepada Majlis Raja-Raja, perlu perhalusi lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721300391_TBNasution.jpg)
RUU Warganegara: KDN sudah bentang kepada Majlis Raja-Raja, perlu perhalusi lagi
Saifuddin berkata, masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suhakam sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat, Oktober ini.
![Industri CCUS perkasa usaha Malaysia capai sasaran pelepasan sifar bersih - Nik Nazmi Industri CCUS perkasa usaha Malaysia capai sasaran pelepasan sifar bersih - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721294828_MenteriSumberAsli.jpg)
Industri CCUS perkasa usaha Malaysia capai sasaran pelepasan sifar bersih - Nik Nazmi
Industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) tidak boleh dilihat sebagai penyelesaian tunggal untuk mencapai penyahkarbonan.
![Penukaran RTU 75 stesen amaran banjir perlu dipastikan ikut masa, kos ditetapkan - PAC Penukaran RTU 75 stesen amaran banjir perlu dipastikan ikut masa, kos ditetapkan - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721299858_MasErmieyatiSamsud.jpg)
Penukaran RTU 75 stesen amaran banjir perlu dipastikan ikut masa, kos ditetapkan - PAC
PETRA perlu memastikan kerja penukaran 'Remote Terminal Unit' (RTU) di 75 stesen terlibat Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti ditetapkan.
![‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh ‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721294102_AkmalSaleh.jpg)
‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh
Muhamad Akmal mengingatkan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis untuk bersedia membayar RM100 juta kepada UMNO sebagai balasan menyertai parti lain.
![Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721298956_PenangBridge.jpg)
Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai ini bagi memberi laluan kepada acara 'Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024'.
![Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721292793_ZahidHamidi.jpg)
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.
![‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’ ‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647054545_DatukDrNoorHisham.jpg)
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
![KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714998751_Dzulkefly.jpg)
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632498837_TBCOVIDVACCINE.jpg)
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
![KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714998751_Dzulkefly.jpg)
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
![Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632498837_TBCOVIDVACCINE.jpg)
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
![Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714645375_AstraZeneca.jpg)
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
![AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690377692_gaveltukulmahkam.jpg)
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
![AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697864703_mySihatPal.jpg)
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
![AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632796213_AstraZenecasthera.jpg)
AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan
AstraZeneca berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit.