PUTRAJAYA: Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035, yang dapat memberi keberhasilan tuntas kepada pembangunan negara, bukan sahaja dari sudut ekonomi Bumiputera tetapi manfaat kepada pembangunan negara secara holistik, akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif dan strategi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam pelan itu, telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan) Majlis Ekonomi Bumiputera (JPMEB), yang diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Mesyuarat itu, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Setiausaha yang terpilih dan wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), diadakan susulan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, pada awal Mac lepas.
"Tumpuan mesyuarat ini bagi membincangkan Draf Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dan mendapatkan persetujuan berkaitan strategi dan inisiatif yang bersesuaian, sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.
Ahmad Zahid berkata penganjuran KEB 2024, telah menggariskan beberapa tumpuan utama untuk memperkasa ekonomi bumiputera seperti pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), pengurusan tanah, wakaf, mengindustrikan pertanian dan ternakan, penubuhan suruhanjaya ekonomi gig dan industri halal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
![Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721292793_ZahidHamidi.jpg)
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan) Majlis Ekonomi Bumiputera (JPMEB), diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - Foto FB Zahid Hamidi
![Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6680/4710 berbanding dolar AS daripada 4.6625/6660 ketika ditutup semalam.
![#AgongKita: Alunan Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan Baginda #AgongKita: Alunan Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan Baginda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721308176_YangdiPertuanAgon.jpg)
#AgongKita: Alunan Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan Baginda
Sultan Ibrahim memilih untuk mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hijau pada acara pertama sempena Istiadat Pertabalan Baginda.
AWANI Ringkas: RUU Akta Penagih Dadah diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kematian di hotel Bangkok: PM Vietnam gesa perlindungan warga Kematian di hotel Bangkok: PM Vietnam gesa perlindungan warga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713943100_PhamMinhChinh.jpg)
Kematian di hotel Bangkok: PM Vietnam gesa perlindungan warga
Pham Minh Chinh meminta MoFA untuk berkoordinasi rapat dengan pihak Thailand dalam siasatan dan perlindungan warga selepas kematian empat warga Vietnam di sebuah hotel di Bangkok.
![Pengasuh didenda dan diarah jalani khidmat masyarakat Pengasuh didenda dan diarah jalani khidmat masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Pengasuh didenda dan diarah jalani khidmat masyarakat
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM2,000.
![Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721301371_PistolMainan.jpg)
Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil memegang sebuah objek menyerupai pistol di sekitar Bukit Besar di sini, hari ini.
Dermaga terapung AS di Gaza dihenti tugas
Amerika Syarikat menghentikan operasi dermaga terapung sementara yang dibina untuk menghantar bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.
![Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun
Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.
Hidup sihat: Kenapa perlu lari sepantas Azeem? Ukur baju di badan sendiri – Pakar
Koordinator Program Sarjana Muda Pengurusan Sukan, Fakulti Sukan dan Sians Eksesais, Universiti Malaya, Dr. Mohd Firdaus Abdullah berkata tidak perlu letakkan sasaran mencapai keupayaan fizikal seperti atlet profesional. Jelasnya, perkata yang paling penting untuk mencapai gaya hidup sihat adalah dengan beri tumpuan kepada keperluan peribadi, bukannya membandingkan diri dengan orang lain. #DialogTigaPenjuru
Penggunaan skrin terlalu lama jadi faktor penyumbang 81 peratus kanak-kanak tidak aktif - Pakar
Pakar perubatan keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah berkata 81 peratus kanak-kanak tidak jalani gaya hidup aktif. Menurutnya, antara faktor yang menyumbang kepada kadar yang tinggi ini adalah penggunaan skrin yang lama sebagai rutin harian. #DialogTigaPenjuru
![Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721292793_ZahidHamidi.jpg)
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.