Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin memaklumkan akan menandatangani arahan eksekutif bagi menggantung sementara kemasukan warga asing ke negara itu.

Langkah ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius di negara berkenaan.

“Susulan serangan daripada musuh yang tidak kelihatan dan juga bagi melindungi pekerjaan rakyat Amerika, saya akan menandatangani arahan eksekutif bagi menggantung sementara kemasukan warga asing ke Amerika Syarikat,” kata Trump menerusi hantaran twitternya.


Sebelum ini Amerika Syarikat bersama Kanada dan Mexico bersetuju melanjutkan kawalan ketat di sempadan dengan hanya membenarkan perjalanan keluar-masuk penting untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Mei.

AS ketika ini merekodkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di dunia dengan 782,159 kes positif dan 412,816 angka kematian setakat Isnin.