BANGKOK:Pihak berkuasa kesihatan Thai mengusulkan pelaksanaan langkah lebih ketat terhadap perniagaan dan perjalanan rentas wilayah di 28 daripada 76 provinsinya termasuk Bangkok selepas gelombang terbaharu penularan COVID-19 terus menyumbang jumlah kes harian tiga angka di negara itu.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thaweesilp Wissanuyothin berkata, langkah tersebut termasuk penutupan perniagaan dan venue di kawasan berisiko tinggi dan mengehadkan waktu operasi perniagaan di kawasan yang merekodkan lebih 50 kes sejak gelombang terbaharu tercetus.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar bekerja dari rumah selain mengelak daripada melakukan perjalanan rentas wilayah.
"Langkah-langkah ini dicadang berkuat kuasa Isnin ini (4 Januari) hingga 1 Februari," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata cadangan tersebut sedang menunggu kelulusan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand melaporkan 216 kes baharu dan satu kematian, menjadikan jumlah terkumpul positif COVID-19 kini sebanyak 7,379 kes dan 64 kematian.
Kematian terbaharu itu merupakan seorang wanita berusia 47 tahun yang dikesan mengunjungi pusat perjudian di wilayah Chonburi. Dia yang diuji positif COVID-19 pada 30 Dis dan mempunyai masalah kesihatan, meninggal dunia di hospital.
Thaweesilp berkata daripada 216 kes baharu itu, sebanyak 182 merupakan jangkitan tempatan, 32 melibatkan pekerja asing di asrama dan dua kes dilaporkan di dua pusat kuarantin alternatif.
"Gelombang terbaharu yang dikesan sejak pertengahan Disember lepas telah merebak ke 53 daripada 76 provinsi di negara ini dan lebih sukar dibendung... kluster baharu di Bangkok serta Rayong menular ke terlalu banyak kawasan selain ada kes baharu yang sumbernya masih disiasat," katanya.
.-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 02 2021

Gelombang terbaharu penularan COVID-19 terus menyumbang jumlah kes harian tiga angka. - REUTERS/Panumas Sa

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.