Thailand melanjutkan pelaksanaan darurat bagi tempoh sebulan lagi, sehingga penghujung Ogos, bagi mengurangkan kesan gelombang kedua penularan jangkitan COVID-19, semasa negara itu sedang mula membuka pintu sempadannya kepada warga asing terpilih, termasuk pekerja migran dari negara asing.
Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha hari ini meluluskan lanjutan itu, yang tempoh darurat pada asalnya dijadualkan Jumaat ini.
Jurucakap kerajaan Thailand Narumon Pinyosinwat berkata kabinet hari ini bersetuju melanjutkan tempoh darurat, susulan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (NSC).
"Lanjutan itu adalah masih selaras dengan langkah kelonggaran terbaharu yang diumumkan sebelum ini, di mana semua perniagaan masih boleh kembali beroperasi," katanya dalam persidangan media di sini hari ini.
Minggu lepas Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) bersetuju membenarkan warga luar yang terpilih, termasuk pekerja migran dari negara luar terutama Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam yang terlibat dalam sektor infrastruktur dan industri makanan, untuk memasuki Thailand.
Selain itu pelancong perubatan, warga asing yang mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa, pameran perdagangan, kru produksi filem asing, dan pemegang kad Thailand Elite (pemegang visa kediaman bagi kemasukan yang kerap dan visa penduduk jangka panjang) adalah antara mereka yang dibenarkan memasuki Thailand.
Sejak pelaksanaannya pada 26 Mac hingga 30 April, Thailand melanjutkan perintah darurat negara itu sebanyak empat kali bagi memerangi COVID-19.
Sehingga kini Thailand merekodkan 3,298 kes COVID-19 dengan 58 kematian.
Dalam tempoh 24 jam sebelum ini, Thailand merekodkan satu kes baharu COVID-19, melibatkan seorang tentera Thailand yang baru pulang dari menjalani latihan di Hawaii, Amerika.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 29 2020
Sehingga kini Thailand merekodkan 3,298 kes COVID-19 dengan 58 kematian. - Gambar fail/BERNAMA
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.