Thailand telah melaporkan enam kes baharu COVID-19 dan kematian sifar, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu di seluruh negara tersebut setakat ini ialah 2,966 kes dengan 54 kematian.
Jumlah harian kes baharu yang dicatat di negara itu berada pada satu digit bagi hari keenam berturut-turut.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata tiga daripada kes baharu dikesan di pulau peranginan Phuket manakala dua kes di fasiliti kuarantin negara membabitkan rakyat Thailand yang pulang dari Jepun dan India dan satu lagi kes di Bangkok, yang merupakan kontak rapat pesakit disahkan dijangkiti virus itu sebelum ini.
"Setakat ini, 39 dari 77 wilayah tidak melaporkan sebarang kes bagi tempoh 28 hari atau lebih.
"Memandangkan Thailand telah melaporkan angka yang rendah bagi kes COVID-19, beberapa perniagaan dan venue akan dibuka semula esok. Justeru, kita perlu terus mengamalkan jarakan sosial dan langkah sewajarnya bagi mengelak gelombang kedua jangkitan COVID-19," katanya pada taklimat harian COVID-19 pada Sabtu.
Daripada hampir 3,000 kes, Thaweesilp berkata Bangkok telah mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,524 diikuti Phuket (220), Nonthaburi (157), Samut Prakan (118) dan Yala (114).
Bagaimanapun, Phuket mempunyai kadar jangkitan tertinggi berdasarkan jumlah penduduk.
Sementara itu, Thailand akan menarik balik larangan penjualan alkohol mulai esok, bagaimanapun ia hanya untuk dibawa pulang.
Larangan itu berkuat kuasa sejak 10 April dalam usaha untuk tidak menggalakkan perhimpunan sosial. Ia adalah langkah terkini yang diambil semasa situasi COVID-19 di negara itu bertambah baik.
Bermula esok, enam jenis perniagaan dan venue di seluruh negara akan dibuka semula termasuk pasar, tempat makan di luar pusat beli-belah, perniagaan borong dan runcit, taman dan fasiliti sukan luar (bukan untuk sukan berpasukan), kedai gunting dan salun rambut (terhad kepada memotong, mencuci dan mengering) serta dandanan dan hotel haiwan peliharaan.
Sementara itu, Ketua Majlis Keselamatan Negara Thailand Jeneral Somsak Rungsita berkata semua perniagaan dan venue yang akan dibuka semula esok perlu mengamalkan jarakan sosial serta langkah-langkah kebersihan yang baik.
Beliau berkata semua kedai di seluruh negara dibenarkan menjual alkohol, bagaimanapun gabenor wilayah mungkin mengenakan semula larangan berhubung perkara itu, jika perlu.
Jabatan Konservasi Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuh-Tumbuhan Thailand berkata semua taman negara akan terus ditutup sehingga notis lanjut.
Thailand telah melanjutkan perintah darurat bagi memerangi pandemik itu sehingga 31 Mei. Langkah-langkah seperti menyekat kemasukan penerbangan pesawat penumpang antarabangsa, perintah berkurung pada sebelah malam dari 10 malam hingga 4 pagi, melarang perjalanan rentas wilayah dan perhimpunan massa akan diteruskan di bawah perintah darurat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Thailand telah melaporkan enam kes baharu COVID-19 dan kematian sifar, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu di seluruh negara tersebut setakat ini ialah 2,966 kes dengan 54 kematian. - Foto AP
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.