BANGKOK: Thailand mencatatkan 53 kematian baharu akibat COVID-19, tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh sehari, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 2,023 sejak wabak itu melanda awal tahun lalu.
Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 4,786 kes direkodkan menjadikan jumlah jangkitan mencecah 259,301 setakat ini.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kematian baharu melibatkan 30 lelaki dan 23 wanita, berusia di antara 24 hingga 97 tahun termasuk 49 rakyat Thailand, dua warga Myanmar dan masing-masing seorang warga China dan Britain.
Daripada 4,786 kes baharu itu, 4,777 daripadanya melibatkan penularan tempatan dan 1,347 menerusi pengesanan kes aktif dan sembilan kes import. Jumlah tersebut turut merangkumi 127 banduan.
Beliau berkata, Bangkok terus mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh 24 jam, dengan 1,826 kes baharu, diikuti Samut Prakan (433), Samut Sakhon (253) dan Chon Buri (208).
"Sehingga kini, terdapat 108 kes aktif di Bangkok," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Rabu.
Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) akan membuka 10 'hospitel' baharu - menjadikan hotel sebagai hospital sementara.
Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang berkata "hospitel" baharu tersebut dilengkapi 4,424 katil, yang boleh menampung pesakit COVID-19 tanpa gejala serta mereka yang mengalami gejala ringan.
Berhubung pembukaan semula pusat peranginan Phuket mulai Khamis ini, wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata sehingga 9 pagi hari ini, hampir 5,000 orang telah memohon Sijil Masuk (CoE), iaitu surat dikeluarkan Kedutaan Thailand atau konsulat bagi membenarkan warga asing pemegang visa untuk memasuki negara itu.
"Sehingga kini 500 CoE telah diluluskan," katanya.
"Phuket Sandbox" adalah projek perintis untuk menghidupkan kembali industri pelancongan pulau itu yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19.
Phuket bersedia menyambut pelancong yang sudah lengkap divaksin tanpa perlu melalui proses kuarantin 14 hari di kemudahan kuarantin alternatif negara (ASQ).
Namun, mereka harus tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum melancong ke tempat lain.
Thailand membuka pintunya untuk pengunjung dari 63 negara dan tiga wilayah yang dianggap berisiko rendah atau sederhana termasuk Australia, Brunei, China, Israel, Qatar, Singapura, Taiwan, dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 4,786 kes direkodkan menjadikan jumlah jangkitan mencecah 259,301 setakat ini. -Foto REUTERS
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.