BANGKOK: Thailand bakal melonggarkan sekatan COVID-19 di Bangkok dan 28 wilayah berisiko tinggi bermula 1 September, dalam usaha untuk merancakkan kembali ekonomi.
Pusat beli-belah, dine-in di restoran, salun dan kedai gunting rambut (hanya untuk potongan rambut), ruang urut (hanya untuk urut kaki), tempat sukan dan taman awam akan dibuka semula mulai Rabu depan.
Perhimpunan awam juga akan dibenarkan tetapi terhad sehingga 25 orang.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata perintah berkurung waktu malam selama tujuh jam bermula 9 malam hingga 4 pagi di kawasan-kawasan terlibat masih berkuat kuasa.
"Sekolah, gim dan pusat kecergasan serta tempat hiburan juga masih ditutup," katanya selepas menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha di sini.
Untuk memastikan pembukaan semula perniagaan dan premis dapat dilaksanakan dengan selamat, Apisamai berkata pihak pengendali mesti memastikan pekerja mereka sudah lengkap divaksinasi dan menjalani ujian antigen secara berkala.
"Perniagaan berisiko tinggi seperti restoran, pelanggan perlu menunjukkan bukti sudah divaksinasi atau negatif ujian saringan COVID-19 dalam tempoh tujuh hari sebelum memasuki mana-mana premis.
"Kita perlu menyesuaikan diri dan belajar untuk hidup secara selamat bersama virus ini," katanya pada sidang media di sini.
Penularan varian Delta menyebabkan Thailand terpaksa berjuang dengan wabak COVID-19 terburuk sejak April tahun ini.
Thailand mencatatkan 18,702 kes baharu COVID-19 dan 273 kematian, dalam tempoh 24 jam, sekali gus menyaksikan kes baharu di negara ini mencatatkan penurunan di bawah angka 20,000 sejak enam hari berturut-turut.
Setakat ini, secara keseluruhan Thailand mencatatkan 1,139,571 kes dan 10,587 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Orang ramai beratur di luar sebuah pusat vaksinasi untuk menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca secara walk-in di Bangkok, Thailand, 22 Julai 2021. REUTERS
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Thailand 2024: Peralihan politik, cabaran ekonomi dan diplomasi serantau
Tahun 2024 menyaksikan Thailand mengharungi era peralihan politik, cabaran ekonomi serta fokus baharu terhadap diplomasi serantau.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
Thailand jadi negara ke-51 sertai Perjanjian Artemis
Thailand secara rasmi menjadi negara ke-51 yang menandatangani Perjanjian Artemis.
Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN – PM Anwar
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Skuad B-13 JDT terlepas tiket final Festival Bolasepak Antarabangsa JSE
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.