SINGAPURA: Singapura mengesan lebih 3,000 kes baharu COVID-19 pada Selasa (5 Okt), jumlah tertinggi dicatatkan sejak pandemik bermula tahun lalu.
Daripada 3,486 kes baharu, Kementerian Kesihatan republik itu memaklumkan sebanyak 2,767 adalah kes tempatan, 713 di asrama pekerja migran, dan enam kes import.
Dalam kemas kini datanya, menurut kementerian itu 1,512 kes masih menerima rawatan di hospital, 247 memerlukan bantuan oksigen dan 34 di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, taklimat terkini Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian memaklumkan Singapura menyaksikan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 5,000 sehari dalam tempoh dua minggu, dengan sebahagian besar pesakit mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.
Sepanjang 28 hari lepas, daripada 40,396 individu yang dijangkiti, 98.3 peratus tidak bergejala atau bergejala ringan, 1.4 peratus perlukan bantuan oksigen, 0.1 peratus memerlukan rawatan ICU, dan 0.2 peratus meninggal dunia.
Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan lagi kematian dilaporkan pada Selasa, semua korban adalah warga emas Singapura atau Penduduk Tetap dengan tiga daripadanya tidak divaksinasi sementara dua lagi belum lengkap dos vaksin COVID-19.
Secara keseluruhan, 130 meninggal dunia di republik itu berikutan komplikasi jangkitan COVID-19.
Pada 4 Okt, 83 peratus populasi republik itu telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 manakala 85 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Setakat ini, 321,228 individu sudah disuntik dos penggalak.
Sehingga tengah hari Selasa, jumlah kes adalah 109,804 dengan 23,463 kes aktif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Secara keseluruhan, 130 meninggal dunia di republik itu berikutan komplikasi jangkitan COVID-19. - Foto fail
EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir
Polis di Jerman menarik nafas lega selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye pada EURO 2024.
Pemimpin sayap kiri gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Presiden Perancis Emmanuel Macron mesti mengaku kalah dalam pilihan raya parlimen Perancis, di mana pakatan sayap kiri 'New Popular Front' (NFP) memenangi kerusi terbanyak walaupun tidak mencapai jumlah majoriti mutlak.
Seoul kesal kenyataan kakak Kim Jong Un
Kementerian penyatuan Korea Selatan yang mengendalikan hal ehwal antara Korea pada Isnin kesal selepas Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menuduh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
Latihan ketenteraan Korea Selatan adalah bentuk provokasi
Latihan ketenteraan Korea Selatan baru-baru ini berhampiran sempadan antara kedua-dua negara adalah provokasi yang tidak boleh dimaafkan.
Berdasarkan laporan media kerajaan KCNA, menurut Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada isnin, seandainya Korea Utara menilai kedaulatannya sendiri dicabul, angkatan tenteranya akan segera melaksanakan misi dan tugas mengikut perlembagaannya.
Berdasarkan laporan media kerajaan KCNA, menurut Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada isnin, seandainya Korea Utara menilai kedaulatannya sendiri dicabul, angkatan tenteranya akan segera melaksanakan misi dan tugas mengikut perlembagaannya.
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Gempa bumi 6 skala richter landa kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Seramai 10,000 orang termasuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Program Larian Hari Polis 'Community Safety Run' 2024 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, pada Sabtu.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.