Satu animasi digunakan untuk menunjukkan keputusan awal kajian terbaharu di Finland berkenaan COVID-19.
Kajian ini dilakukan sekumpulan penyelidik dari beberapa institusi pengajian di Finland iaitu Universiti Aalto, Institut Meteorologi Finland (FMI), Pusat Teknikal dan Inovasi VVT dan Universiti Helsinki.
Animasi itu menunjukkan bagaimana zarah aerosol yang membawa virus COVID-19 berada di udara lebih lama daripada yang disangkakan.
Keputusan awal ini sekali gus menekankan lagi kepentingan penjarakan sosial serta pentingnya mengelak berada di tempat awam yang sesak.
Video animasi itu menunjukkan 'segerombolan awan' bergerak di udara dan mengambil masa beberapa minit untuk diuraikan.
"Seseorang yang dijangkiti COVID-19, batuk dan terus berjalan, tetapi dia meninggalkan zarah partikel yang sangat kecil yang membawa COVID-19," kata Penolong Profesor Universiti Aalto, Ville Vuorinen.
Bagi batuk kering yang merupakan gejala biasa COVID-19, saiz zarah biasanya kurang daripada 15 mikrometer.
Zarah-zarah ini akan bergerak mengikut arus udara atau terapung di tempat yang sama.
"Keputusan awal menunjukkan bahawa zarah aerosol yang membawa virus itu berada di udara dalam tempoh yang lama, jadi penting untuk mengelak daripada berada di tempat tertutup yang menjadi tumpuan ramai.
''Ini mengurangkan risiko jangkitan melalui titisan (droplet), yang merupakan cara utama virus ini berjangkit," tambahnya.
Pakar penyakit berjangkit dan virologi akan menganalisis keputusan awal ini dan bagaimana ia boleh digunakan untuk kajian berkaitan COVID-19 di masa depan.
Agensi
Sat Apr 11 2020

Animasi itu menunjukkan bagaimana zarah aerosol yang membawa virus COVID-19 berada di udara lebih lama daripada yang disangkakan. - YouTube/Aalto University
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Risiko jangkitan COVID-19 kepada penduduk Sri Andalas sangat rendah - CAC Klang
Pejabat Kesihatan Daerah Klang (PKDK) memaklumkan ia berikutan jarak antara dewan ke rumah terdekat adalah melebihi dua meter.

COVID-19: Sekatan pergerakan menyebabkan pemanasan bumi?
Pengurangan penggunaan aerosol telah membenarkan lebih cahaya matahari menembusi lapisan udara dan memanaskan bumi.

Rusia hasilkan robot basmi virus COVID-19
Satu robot yang berperanan membasmi virus COVID-19 di bangunan mula beroperasi di sebuah muzium di Rusia, pada Selasa.

COVID-19: Model 3D papar bagaimana virus tersebar dalam ruang tertutup
Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari beberapa institusi pengajian di Finland mendapati zarah aerosol yang membawa virus COVID-19 berada di udara lebih lama daripada yang disangkakan.