Ketika dunia berdepan dengan ancaman COVID-19, petugas barisan hadapan (frontliners) adalah antara wira yang tidak didendang terutama mereka yang bekerja di barisan perubatan.
Selain tidak putus-putus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan keadaan pesakit terjaga, masa adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai kerana mereka terpaksa mengorbankan masa untuk berehat.
Di Jerusalem, dua orang anggota paramedik mendapat perhatian dunia apabila dilihat sempat menunaikan kewajipan kepada agama masing-masing.
Avrahmam Mintz dan Zoher Abu Jama, masing-masing merupakan penganut agama Yahudi dan Islam berhenti mengerjakan sembahyang dan berdoa di tepi ambulan mereka.
Difahamkan, anggota pasukan perkhidmatan tindakan kecemasan Israel, Magen David Adom (MDA) itu selesai membawa seorang wanita yang mengalami komplikasi kesukaran bernafas ke hospital di bandar Be’er Sheva.
“Kenyataan ini amat mudah tetapi sangat berkuasa. Kami dan seluruh dunia faham bahawa kita semua perlu mengangkat kepala dan menadah tangan. Itu sahaja yang tinggal,” kata Mintz kepada CNN.
Mintz, 42 tahun, merupakan seorang petugas MDA yang kini sedang giat melatih para sukarelawan.
Perkara sama turut dikongsi rakannya, Abu Jama yang meyakini bahawa mereka percaya kepada satu pegangan dan personaliti yang sama.
“Saya percaya bahawa Tuhan akan membantu kita untuk sama-sama mengharunginya. Kita semua perlu berdoa memohon pertolongan dan kita pasti dapat melalui krisis dunia ini,” ujar Abu Jama.
Meskipun ia dianggap sebagai rutin harian mereka, namun foto mereka yang tular pada Khamis menjadi inspirasi kepada kebanyakan orang di saat dunia berdepan dengan pandemik ini.
Sementara itu, menurut jurucakap MDA, Zaki Heller, pasukannya telah memberi khidmat sekitar 100,000 panggilan kecemasan pada waktu-waktu puncak.
Selain tugas-tugas kebiasaan anggota paramedik, Heller berkata pasukan itu juga bertanggungjawab untuk membawa pesakit-pesakit COVID-19 dari hospital ke hotel kuarantin.
Untuk rekod, Jerusalem setakat ini mencatatkan 3,035 kes positif dan 10 kematian akibat COVID 19.
Agensi
Fri Mar 27 2020
Zaki Heller berkata pasukan itu juga bertanggungjawab untuk membawa pesakit-pesakit COVID-19 dari hospital ke hotel kuarantin. - Gambar CNN
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.
Sindiket seludup minuman keras Sabah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras bernilai lebih setengah juta ringgit dalam dua kes berasingan di Sepanggar dan Beaufort, pada Oktober.
Hajiji gesa proses pentadbiran negeri diperkemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar diarahkan untuk memperkemaskan proses pentadbiran di semua pejabat daerah di negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
Sarawak lakukan kemajuan ketara dalam CCUS - Abang Johari
Sarawak sedang mencapai kemajuan ketara dalam pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) untuk meletakkan negeri itu sebagai pusat CCUS bagi rantau Asia Pasifik.
APM Sandakan terima 11 aduan kes pokok tumbang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan pada Isnin telah menerima sebanyak 11 aduan kes pokok tumbang berikutan hujan lebat sejak awal pagi.
Amaran hujan berterusan di tiga daerah di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada untuk tiga kawasan di Sabah sehingga 29 November ini.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami Posisi, Potensi Ekonomi Malaysia-Korea
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan.
COVID-19: Korban masa, paramedik ini sempat tunai kewajipan agama ketika bertugas
Ketika dunia berdepan dengan ancaman COVID-19, petugas barisan hadapan (front-liners) adalah antara wira yang tidak didendang terutama mereka yang bekerja di barisan perubatan.