JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 terkini melebihi jumlah populasi Malaysia, dengan 35.7 juta kes direkodkan. 

Data terbaharu John Hopkins University menunjukkan, lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.49 juta kes.

Ini diikuti India dengan 6.69 juta kes, manakala Brazil merekodkan lima juta kes. 

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.2 juta kes.

Sementara itu, Columbia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentinam Afrika Selatan, Perancis dan United Kingdom (UK) melepasi angka setengah juta dengan 532,779 hingga 862,158 kes.

Chile, Iran, Iraq, Bangladesh dan Indonesia pula merekodkan jumlah kes antara 300,000 dan 500,000 setakat ini.

Dalam pada itu, Ukraine, Kanada, Ecuador dan Qatar pula merekodkan angka 100,000 hingga 200,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka positif COVID-19 di bawah 100,000 kes.

Sementara itu, statistik yang sama menunjukkan jumlah kumulatif kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 melebihi 1.05 juta.

AS terus merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 210,762 kes, diikuti Brazil dengan 146,675 kes.

Dalam pada itu, India dan Mexico masing-masing merekodkan 103,569 dan 81,877 kes.

UK pula menyaksikan 42,535 kematian.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara-negara yang melebihi angka kematian lebih 20,000 adalah Iran, Colombia, Rusia dan Argentina.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.