India mencatatkan lebih 90,000 kes baharu positif COVID-19 pada Ahad, sekali gus merekodkan jumlah kes harian tertinggi setakat ini di negara itu.

Menurut data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan, sejumlah 90,632 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan penambahan 1,065 kematian.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara itu kini sebanyak 70,626 kes.

Manakala jumlah kumulatif kes positif di India melepasi 4.1 juta dan setakat ini, 3.2 juta rakyatnya sedang menerima rawatan.

Jumlah kes positif di negara itu dijangka bakal mengatasi Brazil pada Isnin yang kini berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat yang merekodkan lebih 6.4 juta kes positif dengan 193,000 kematian.