BEIJING: China pada Sabtu melaporkan 49 kes baharu COVID-19 melibatkan penularan tempatan, menurut laporan harian suruhanjaya kesihatan.

Daripada kes tempatan baharu itu, sebanyak 38 dilaporkan di Zhejiang, 10 di Mongolia Dalam dan satu di Heilongjiang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Turut dilaporkan 26 kes import baharu di sembilan wilayah.

Satu kes disyaki yang dicatatkan di Shanghai melibatkan individu yang tiba dari luar China dan tiada kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Ahad.

-- BERNAMA