NEGARA di benua Afrika memerlukan bekalan vaksin dan bantuan kewangan pada kadar segera.
Perkara ini disuarakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika benua itu berdepan kemungkinan jangkitan COVID-19 melepasi kadar tertinggi dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva, antara yang paling terjejas adalah kawasan sub-Sahara, dengan kadar vaksinasi terendah di dunia, iaitu hanya 1 peratus daripada populasinya.
Dalam kenyataan bersama pengarah Jabatan Afrika IMF Abebe Selassie menerusi blog beliau, Georgieva berkata, sistem kesihatan kawasan itu sekali lagi berdepan risiko lumpuh, tanpa tindakan segera.
"Tanpa bantuan antarabangsa yang signifikan dan segera, dan tanpa usaha vaksinasi yang berkesan yang menyeluruh, benua itu berdepan gelombang jangkitan berulang.
"Ia akan meningkatkan jumlah kematian, menambah risiko kemunculan varian baharu, melumpuhkan pelaburan, produktiviti dan pertumbuhan.
"Ringkasnya, tanpa bantuan, rantau ini berdepan risiko ditinggalkan lebih jauh," katanya.
Sehubungan itu, IMF mendesak negara berkemampuan untuk berkongsi bekalan vaksin dengan Afrika menerusi inisiatif COVAX.
Pengeluar vaksin pula disaran menghantar bekalan ke Afrika.
Kesatuan Afrika (AU) kini memerlukan dana ASD2 bilion untuk membolehkannya membeli 180 juta dos vaksin.
IMF turut mendesak larangan sekatan bahan mentah dan vaksin dibatalkan, bagi membolehkan Afrika Selatan dan India mencapai kadar pengeluaran maksimum.
Astro Awani
Mon Jun 28 2021
Kristalina Georgieva, Pengarah Urusan IMF. - Gambar fail REUTERS
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Presiden baharu Sri Lanka rancang rundingan segera dengan IMF
Menurut Anura Kumara Dissanayake, rundingan bertujuan memohon pelan penyelamatan ekonomi bernilai AS$2.9 bilion.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
Sri Lanka capai perjanjian penyusunan semula hutang
Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam pemulihan ekonomi negara selepas gagal membayar balik hutang pada tahun 2022.
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
AI bakal beri impak kepada 40 peratus pekerjaan global - IMF
Kita berada di ambang revolusi teknologi yang boleh melonjakkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan global dan meningkatkan pendapatan di seluruh dunia.
IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024
KDNK sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.
Kedudukan Jepun sebagai pemilik kedua saham terbesar IMF mungkin tergugat - Laporan
Jepun berkemungkinan akan dipintas oleh China dan Jerman, jatuh ke tempat keempat dalam hierarki pemegang saham.