ADELAIDE:Australia Selatan melaksanakan perintah berkurung selama enam hari bermula tengah malam Rabu bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan tutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar bagi tujuan tertentu sahaja.
Semua majlis perkahwinan dan pengebumian serta aktiviti sukan di luar rumah juga dilarang selain pemakaian pelitup muka di tempat awam juga diwajibkan.
Langkah tersebut diambil susulan berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak.
Ketua Menteri Australia Selatan, Steven Marshall, berkata perintah berkurung itu akan berfungsi sebagai pemutus rantaian pandemik itu dan mampu mengurangkan risiko penularan.
"Kami mempunyai peluang untuk menghentikan penularan penyakit ini dan untuk menghapuskan kluster ini. Kami perlu bergerak dengan sangat pantas.
"Kami memerlukan peluang untuk mengenal pasti dan mengasingkan kontak rapat supaya mereka tidak menjangkiti orang lain.
"Penghentian aktiviti komuniti secara sementara mampu mengurangkan risiko penyebaran virus," kata Marshall.
Pihak berkuasa tempatan juga merancang sekatan selama lapan hari berikutan pelaksanaan perintah berkurung itu.
Agensi
Wed Nov 18 2020
Pihak berkuasa tempatan juga merancang sekatan selama lapan hari berikutan pelaksanaan perintah berkurung itu. - REUTERS
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Sebuah negeri di Australia berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19
Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan negeri itu.
2 maut nahas pesawat ringan di Australia Selatan
Polis mengesahkan juruterbang berusia 50 tahun meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Diraja Adelaide dalam keadaan kritikal.
COVID-19: Australia Selatan laksana perintah berkurung enam hari
Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan ditutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar.
1.7 juta penduduk Australia bergelap
Ribut yang melanda wilayah Australia Selatan mengakibatkan 1.7 juta penduduk kawasan terbabit bergelap akibat putus bekalan eletrik.