KES jangkitan baharu COVID-19 sepanjang minggu lalu mencecah 15 juta di seluruh dunia, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu.
Bercakap menerusi sidang media yang disiarkan menerusi televisyen di Switzerland, beliau berkata, ia sekali gus merupakan minggu yang menyaksikan jumlah kes tertinggi pernah dicatatkan.
Walaupun mengakui jumlah kematian mingguan kekal stabil sejak Okt 2021 lalu, beliau turut memberi amaran berhubung peningkatan pesakit yang dimasukkan ke hospital.
"Minggu lalu, lebih 15 juta kes COVID-19 dilaporkan kepada WHO dari seluruh dunia. Ini merupakan minggu dengan kes tertinggi pernah dicatatkan.
"Lonjakan tinggi kes ini disebabkan varian Omicron yang semakin pantas menggantikan varian Delta di kebanyakan negara.
"Namun, jumlah kematian dilihat stabil sejak Oktober dengan 48,000 kematian mingguan. Jumlah mereka yang dirawat di hospital juga meningkat, tidak seperti gelombang sebelum ini.
"Ini mungkin disebabkan tahap komplikasi virus yang menurun di kala tahap imuniti juga meningkat disebabkan vaksin.
"Walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding Delta, ia kekal sebagai virus berbahaya, terutamanya bagi mereka yang tidak divaksinasi," katanya.
Beliau turut menjelaskan, vaksinasi dan dos penggalak tetap merupakan cara terbaik untuk mengurangkan komplikasi serta dilihat mampu membendung wabak.
Astro Awani
Thu Jan 13 2022
Dr Tedros berkata, vaksinasi dan dos penggalak tetap cara terbaik mengurangkan komplikasi serta mampu membendung penularan wabak. - Gambar fail
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Hampir 4,000 rakyat Gaza hilang tangan, kaki
Ada antara mangsa kudung di kaki atau tangan, sementara sebahagian yang lain terpaksa menjalani proses pemulihan yang lama.
WHO lulus vaksin mpox pertama untuk kegunaan global
WHO mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin mpox pertama yang dimasukkan ke dalam senarai prakelayakan.
Lebih 552,000 kanak-kanak di Gaza terima dos pertama vaksin polio - WHO
Sambutan terhadap kempen amat menggalakkan dan ibu bapa berusaha sedaya upaya memastikan anak mereka tidak terlepas daripada menerima vaksin.
India rekod kes virus mpox
Virus berkenaan dikesan daripada seorang lelaki yang baru pulang dari negara terjejas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kempen vaksinasi polio bermula di Semenanjung Gaza
Dua dos vaksin yang memberikan imunisasi penuh harus diberikan dengan selang empat minggu.
230,000 dos vaksin mpox sedia diterbangkan ke Congo
Dos ini disumbangkan oleh Suruhanjaya Eropah dan pengeluar vaksin mpox Denmark Bavarian Nordic.
100 kes varian "lama" mpox sebulan di Eropah - WHO
WHO nasihatkan jangan panik berikutan kes pertama varian mpox baru yang dikesan di Eropah.
Apakah mpox dan bagaimana untuk melindungi diri?
Pada asasnya, orang ramai dinasihati untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutama membasuh tangan dengan menggunakan sabun.