Ketegangan hubungan diplomatik China dan Kanada semakin memuncak susulan keputusan sebuah mahkamah di China yang menjatuhkan hukuman mati ke atas rakyat Kanada yang didakwa menyeludup dadah pada Isnin (14 Jan, 2019).
Menurut laporan portal berita antarabangsa, perbicaraan dan hukuman tersebut dijalankan hanya dalam masa sehari.
Perbicaraan semula itu dilakukan selepas tertuduh, Robert Lloyd Schellenberg, merayu dikurangkan hukuman penjara 15 tahun, namun sebaliknya, mahkamah menukar kepada hukuman mati.
Tindakan itu dilihat sebagai satu bentuk tekanan oleh China terhadap tindakan Kanada yang menahan Pegawai Eksekutif Huawei Meng Wanzhou atas arahan Amerika Syarikat.
Mahkamah China dalam penghakimannya berkata wujud bukti mencukupi untuk sabitan kes dan hukuman mati adalah setimpal.
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata kerajaan Kanada akan merayu bagi pihak Schellenberg untuk menukar hukuman.
Schellenberg dalam hujah rayuan berkata beliau diperangkap semasa kunjungannya ke China, ketika beliau ditangkap bersama 500 pound syabu.
Bulan lepas, pihak berkuasa China menahan dua warga Kanada, Michael Kovrig dan Michael Spavor atas alasan keselamatan negara.
China sebelum ini nyata berang dengan penahanan pegawai kanan Huawei di Kanada, Meng Wanzhou dan mahu beliau dibebaskan segera.
Namun, Kanada enggan akur dan hanya membenarkan Wanzhou untuk berada di rumah pada waktu malam di Kanada dan memakai alat pengesan elektronik di kaki.
Keputusan itu sementara menunggu permohonan rasmi Amerika Syarikat untuk mengekstradisi Wanzhou atas dakwaan melanggar undang undang sekatan ekonomi ke atas Iran.
Terkini, Kanada menasihatkan warga Kanada untuk mengambil langkah berjaga-jaga tahap tertinggi ketika berada di China dan jika mahu ke negara itu susulan sabitan hukuman tersebut.
Astro Awani
Tue Jan 15 2019

China sebelum ini nyata berang dengan penahanan pegawai kanan Huawei di Kanada dan mahu beliau dibebaskan segera. - REUTERS/Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lelaki ditahan koyak al-Quran dalam masjid, cuba langgar jemaah
Seorang lelaki di Kanada dilaporkan mengoyak Al-Quran sambil menjerit di hadapan jemaah di salah satu masjid di Markham, Ontario, baru-baru ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

4 maut setelah keluarga Islam sengaja dilanggar pemandu pikap di Kanada
Empat anggota keluarga Islam terbunuh selepas seorang pemandu sebuah trak pikap dengan sengaja melanggar mereka di London, Ontario, Kanada.

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sebulan selepas dibenar terbang, pesawat Boeing 737-8 Max mendarat cemas akibat masalah enjin
Pesawat yang mempunyai tiga kru penerbangan itu menerima signal mengenai masalah pada salah satu enjinnya.

UK-Kanada meterai perjanjian perdagangan sementara
Antara lain, ia merupakan perjanjian kedua terbesar yang dicapai UK ketika perunding mahu memperkukuhkan hubungan perdagangan luar EU.

PM UK tetapkan 15 Oktober tarikh capai perjanjian Brexit
Menurut Perdana Menteri UK Boris Johnson, jika ia gagal dicapai, kedua-dua pihak UK dan EU harus menerima kenyataan itu dan bergerak ke hadapan.

Bekas CEO Petronas dilantik pengerusi Sapura
Shamsul menggantikan Tan Sri Dr Hamid Bugo, yang menjadi pengerusinya pada bulan lepas tetapi bersara selepas bersama dengan syarikat selama lebih dari lapan tahun.

COVID-19: Jordan buka semula lapangan terbang
Misto berkata, kebenaran itu diberikan kepada negara tertentu dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19.