ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 26 Disember 2020.
1) COVID-19: Thailand rekod 110 kes baharu
Thailand merekodkan 110 kes baharu termasuk 64 kes jangkitan tempatan yang dikaitkan dengan pasar makanan laut dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan keseluruhan kes di negara itu sebanyak 6,020 kes dengan 60 kematian.
2) COVID-19: Singapura rekod 14 kes import, seorang baru pulang dari Malaysia
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 14 kes import di republik itu yang diumumkan semalam melibatkan seorang rakyat Singapura yang pulang dari Malaysia.
3) COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 1.74 juta
Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) masing-masing mencatatkan 895 dan 570 kes kematian dalam tempoh 24 jam pada sambutan Krismas.
4) Kes positif COVID-19 hampiri angka 80 juta di seluruh dunia
Pada bila-bila masa dalam tempoh 24 jam akan datang, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia akan meningkat kepada 80 juta.
5) Akhirnya ladang 'Neverland' Michael Jackson dijual
Ladang yang pernah dimiliki oleh Raja Pop, Michael Jackson di California yang juga dikenali sebagai 'Neverland' telah menemui pemilik baharu iaitu ahli perniagaan jutawan, Ron Burkle.
6) EU larang eksport sisa plastik mulai tahun depan
Kesatuan Eropah (EU) telah melarang penghantaran sisa plastik dari negara anggota ke negara-negara membangun, termasuk Malaysia, mulai 1 Januari 2021.
7) Empat maut nahas bas di Rusia, pemandu terlelap dipercayai punca
Sebuah bas persiaran di barat Rusia hilang kawalan mengakibatkan empat terbunuh manakala 11 lagi cedera.
8) Sebulan selepas dibenar terbang, pesawat Boeing 737-8 Max mendarat cemas akibat masalah enjin
Pesawat milik Air Canada itu yang sedang dalam penerbangan dari Arizona ke Montreal terpaksa memendekkan perjalanan dan mengubah haluan ke Tucson, Arizona ekoran masalah enjin.
9) Cebisan mayat ditemukan dalam letupan RV di Nashville
Sebuah kenderaan rekreasi (RV) meletup di Nashville, Tennessee di Amerika Syarikat pada awal pagi Krismas. Polis percaya RV itu sengaja diletupkan, namun belum mendedahkan motif atau sasaran kejadian.
10) COVID-19: 40,000 saringan di Australia, hanya sembilan disahkan positif
Daripada 40,000 ujian saringan yang dijalankan di seluruh Australia pada sambutan Krismas, hanya sembilan kes yang disahkan positif COVID-19.
Astro Awani
Sat Dec 26 2020

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus
Inflasi di United Kingdom meningkat ke paras tertinggi dalam 10 bulan pada Januari.

London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan
United Kingdom sedang mempersiapkan tindakan balas sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif ke atas produk-produk Britain.

Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.

Lebih 200 syarikat di UK beralih kerja 4 hari seminggu
Ia meliputi pelbagai sektor termasuk agensi pemasaran, firma IT dan perundingan serta badan amal, dengan jumlah pekerja melebihi 5,000 orang.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.