Presiden Chile Sebastian Pinera menggantikan Menteri Kesihatan Jaime Manalich di tengah kontroversi berhubung angka kematian di negara itu akibat COVID-19.
Pinera pada Sabtu berkata Manalich telah berusaha keras untuk melaksanakan 'tugasnya yang sukar dan mulia' untuk melindungi kesihatan masyarakat Chile.
Manalich digantikan dengan Oscar Enrique Paris yang merupakan seorang doktor akademik dan perubatan.
Rombakan secara tiba-tiba itu berlaku ketika Chile sedang menghadapi bulan yang paling sukar dalam membendung virus itu dengan peningkatan kes aktif dan angka kematian.
Negara itu mempunyai jumlah kes paling tinggi di Amerika Latin dengan lebih 167,000 kes positif dan lebih 3,000 kematian.
Manalich merupakan pakar buah pinggang yang pernah memegang jawatan tinggi di Hospital Chile mendapat pujian dalam kempen agresif memastikan hospital sentiasa dilengkapi dengan alat pengudaraan dan alat perlindungan serta melaksanakan sidang akhbar harian yang terperinci.
Namun, terdapat laporan mengenai perbalahan dalam kalangan pegawai kementerian kesihatan dan Manalich telah dikritik oleh ahli politik pembangkang, datuk bandar, pakar perubatan dan kumpulan sosial.
Ini disebabkan beliau dikatakan menolak untuk mengeluarkan data penularan yang lebih terperinci dan melaksanakan 'lockdown' lebih cepat serta perubahan kriteria dalam merekodkan kes kematian dan jangkitan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa kes kematian akibat COVID-19 di negara itu sudah meragut lebih 3,000 nyawa sejak kes pertama muncul di Chile pada 3 Mac lalu.
Namun, satu laporan pada Sabtu menyatakan bahawa Chile telah memberitahu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa jumlah kematian sebenarnya lebih dari 5,000 orang.
Laporan itu berasal daripada sebuah organisasi kewartawanan penyiasatan yang disebut CIPER yang memperoleh salinan dokumen kementerian kesihatan negara itu yang dikirimkan kepada WHO.
Berikutan itu, Manalich menghadapi kritikan yang semakin meningkat terhadap cara Kementerian Kesihatan mengira kematian COVID-19.
Timbalan Menteri Kesihatan, Paula Daza menjelaskan perbezaan jumlahnya dengan memaklumkan bahawa angka kematian yang lebih tinggi diberi kepada WHO termasuk kematian COVID-19 yang disahkan dan disyaki, sementara laporan harian kerajaan adalah kes yang disahkan oleh ujian swab.
Astro Awani
Sat Jun 13 2020
![Chile ganti Menteri Kesihatan susulan kontroversi angka kematian COVID-19 Chile ganti Menteri Kesihatan susulan kontroversi angka kematian COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41592094910_JaimeManalich.jpg)
Manalich (gambar) digantikan dengan Oscar Enrique Paris yang merupakan seorang doktor akademik dan perubatan. -Facebook/Chile Today
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Angka kematian alkohol toksik di selatan India meningkat kepada 34 orang Angka kematian alkohol toksik di selatan India meningkat kepada 34 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658849716_alcoholarakwine.jpg)
Angka kematian alkohol toksik di selatan India meningkat kepada 34 orang
Angka kematian akibat minum alkohol beracun di negeri Tamil Nadu, selatan India, meningkat kepada 34 orang pada Khamis dengan puluhan mangsa sedang menerima rawatan di hospital.
![Kes demam denggi menurun, tiada kematian direkod minggu lalu Kes demam denggi menurun, tiada kematian direkod minggu lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718422985_MuhammadRadzi.jpg)
Kes demam denggi menurun, tiada kematian direkod minggu lalu
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 2,508 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 2 hingga 8 Jun lepas berbanding 2,522 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
![Nahas rombongan guru: 'Panggilan video perbualan terakhir bersama isteri' Nahas rombongan guru: 'Panggilan video perbualan terakhir bersama isteri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717918510_NahasbasRompin.jpg)
Nahas rombongan guru: 'Panggilan video perbualan terakhir bersama isteri'
Panggilan video menjadi perbualan terakhir Saifullizan Abu, 53, dengan isterinya Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.
![Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716176397_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari
Sebanyak 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas.
![Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143 Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715579027_flood.jpg)
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
![Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714778466_tbIsraeliairstrike.jpg)
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
![Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715070482_TBPOKOKTUMBANG.jpg)
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
![Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36 Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714622276_MeizhouDabuExpress.jpg)
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
![Angka kematian di Gaza hampiri 33,000 Angka kematian di Gaza hampiri 33,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712154621_BodiesofPalestinia.jpg)
Angka kematian di Gaza hampiri 33,000
Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 75,577 warga Palestin turut cedera dalam serangan rejim.
![Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707473222_TBlandslide.jpg)
Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang
Kerajaan perbandaran Maco dalam satu kenyataan mendedahkan seramai 31 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.