MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya lima maut selepas Taufan John melanda negeri Guerrero di selatan Mexico, lapor Xinhua.

"Terdapat lima kematian setakat ini," kata Presidennya Andres Manuel Lopez Obrador kepada pemberita pada Khamis.

Menurut laporan, sekitar 700 rumah rosak akibat taufan itu.

Taufan itu mendarat di Guerrero pada malam Isnin dengan kelajuan angin sekitar 195 kilometer sejam, menurut pihak berkuasa.

Pada Rabu, Gabenor Guerrero Evelyn Salgado melaporkan dua kematian akibat taufan itu.

Taufan John dijangka membawa hujan lebat di barat dan selatan Mexico.

-- BERNAMA