Serangan ke atas pejabat akhbar satira Charlie Hebdo pada Rabu mungkin didalangi pihak-pihak yang tidak senang dengan keputusan Perancis memberi undi kepada Palestin dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut Presiden Gerakan Keadilan Sedunia, Dr Chandra Muzaffar, tidak mustahil serangan tersebut dilakukan pihak-pihak yang cuba memanipulasi keputusan yang dibuat Perancis dalam undian tersebut dan sekali gus menyalahkan orang Islam.
Katanya, laungan "Allahuakbar" yang disiarkan dalam video serangan ke atas akhbar mingguan itu bukan bermakna pengganas tersebut adalah orang Islam.
"Dalam kes ini perlu lakukan siasatan yang mendalam dan menyeluruh siapa yang benar-benar bertanggungjawab kerana ada video yang mereka laungkan 'Allahuakbar'. Laung 'Allahuakbar' bukan bermakna mereka orang Islam.
Tambahnya, kemungkinan apa yang berlaku didalangi mereka yang berkepentingan susulan tindakan Perancis mengundi Palestin berhubung kedudukan Palestin dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Adakah pihak-pihak tertentu cuba memanipulasi keadaan ini dan menyalahkan orang Islam padahal mereka mempunyai agenda tertentu," katanya ketika dihubungi Buletin AWANI.
Dr Chandra juga menggesa semua pihak supaya memahami faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keganasan bukan hanya memberi tumpuan kepada keganasan sebagai satu fenomena.
Katanya, tindakan memihak kepada Israel secara membuta tuli dan provokasi terhadap agama juga membuatkan orang Islam marah.
Namun, tegas beliau, majoriti orang Islam akan menolak tindakan seperti yang dilakukan ke atas pejabat akhbar satira itu.
"Kebanyakan orang Islam memang mengamalkan kesederhanaan dan mereka tidak menyokong apa yang berlaku kepada Charlie Hebdo.
"Sekiranya orang Islam diminta membuat pilihan antara cara yang ganas untuk bertindak balas atau kaedah yang lain, orang Islam akan memilih kaedah lain kerana pembunuhan adalah bertentangan dengan prinsip dan nilai-nilai Islam," katanya lagi.
Rabu lalu, dua individu bersenjata merempuh masuk pejabat Charlie Hebdo di Paris dan menembak mati 12 individu termasuk ketua pengarang Stephane Charbonnier (juga dikenali sebagai Charb) serta kartunis Cabu, Tignous dan Wolinski.
Charlie Hebdo pernah menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem "The Innocence of Muslims" yang memperlekehkan agama Islam.
Astro Awani
Thu Jan 08 2015
![Charlie Hebdo: Belum tentu yang laung Allahuakbar itu Islam - Chandra Muzaffar Charlie Hebdo: Belum tentu yang laung Allahuakbar itu Islam - Chandra Muzaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361519251_295x200.jpg)
DR CHANDRA MUZAFFAR: Laungan Allahuakhbar bukan bermakna penyerang Charlie Hebdo itu orang Islam.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Kerajaan disaran kaji semula kontrak bekalan alat ketenteraan dari Perancis Kerajaan disaran kaji semula kontrak bekalan alat ketenteraan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71549900493_Scorpene.jpg)
Kerajaan disaran kaji semula kontrak bekalan alat ketenteraan dari Perancis
Akhramsyah berpendapat tindakan itu dikhuatiri akan membahayakan negara jika rakan kongsi negara berkenaan terus mengamalkan sikap anti Islam.
![Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603970152_knifeattack.jpg)
Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis
Pendekatan Presiden, Emmanuel Macron yang dilihat menekankan nilai permusuhan dan Islamofobia, menyukarkan lagi jalan perdamaian.
![Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603972189_sidangmedia.jpg)
Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M
Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain.
![Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603970152_knifeattack.jpg)
Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis
Dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
![Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603948105_AbdulAzizJusoh.jpg)
Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim
Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ini kerana tindakan itu dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni antara penganut berbilang agama di negara ini.
![Macron tidak hormat kebebasan beragama, bersifat perkauman - NGO Macron tidak hormat kebebasan beragama, bersifat perkauman - NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603941607_EmmanuelMacron.jpg)
Macron tidak hormat kebebasan beragama, bersifat perkauman - NGO
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menegaskan rakyat Malaysia perlu untuk bangkit bersama menunjukkan bantahan mengikut ruang lingkup undang-undang.
![Malaysia kecam sekeras-kerasnya ucapan benci dan fitnah Islam Malaysia kecam sekeras-kerasnya ucapan benci dan fitnah Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603836930_burnrepresentaFren.jpg)
Malaysia kecam sekeras-kerasnya ucapan benci dan fitnah Islam
Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia selagi mana ia digunakan secara bertanggungjawab dan penuh hormat, sekali gus tidak menafikan serta melanggar hak pihak lain.
![Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603796352_HadiawangKonvensy.jpg)
Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.
![Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591490908_ZulkifliMohamad.jpg)
Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
Dr Zulkifli menulis surat khusus berhubung isu karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo kepada Duta Perancis di Malaysia.
![Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603778380_PalestinProtes.jpg)
Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
Protes itu juga sebagai respons kepada tindakan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa kartun itu ke dalam kelasnya.