"RANCANGANNYA ialah untuk sentiasa bergerak menuju ke puncak," kata Ma Ae Phyo Aung yang berusia 39 tahun kepada Pasukan Ceritalah, bahasa Inggerisnya jelas dan tepat. "Sebab itu saya pergi bekerja di Doha dan Dubai."
Selepas melalui pengalaman enam tahun bekerja di Timur Tengah, Ma Ae (Ma bermaksud 'Cik Puan' dalam bahasa Burma) kini bekerja sebagai penyelia pengemasan bilik di sebuah hotel lima bintang tempatan.
Ma Ae mula bekerja (ketika berusia 20 tahun pada 2000), sebagai pekerja pemasaran untuk Yellow Pages. Dia ketika itu baru saja menamatkan sekolah tinggi dan diperlukan untuk membantu bapanya menyara dua orang adik lelakinya. Selepas dua pekerjaan bergaji rendah kemudiannya, dia menyertai industri hospitaliti, bertungkus lumus di sebuah hotel bajet sambil meneruskan pendidikan jarak jauh.
Kemudian, pada 2004, dia berpindah ke Hotel Sedona, tempat kerja bertaraf lima bintang pertama untuknya. Dia serta merta tahu bahawa inilah yang hendak dilakukannya:
"Industri perhotelan sentiasa menyediakan perkhidmatan bertaraf tinggi. Dan orang di sini selalunya mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik."
Dari Sedona - seperti kebanyakan warga Myanmar - dia kemudiannya merantau ke seberang laut. Hentian pertamanya ialah di Qatar pada 2006. Dia kemudiannya kembali ke Yangon apabila bapanya meninggal dunia pada 2009.
Kemudian, dia pergi ke Dubai pada 2011 sebelum pulang semula lima tahun lalu. Dia menganggap setiap hotel bertaraf tinggi itu sebagai batu loncatan untuknya menikmati peningkatan, dari segi gaji, pengalaman dan juga prospek masa depan, sehinggalah dia memperolehi pekerjaannya sekarang.
Di negara yang baru saja menaikkan gaji minimum dari MMK3,600 ke MMK4,800 sejam (kira-kira ASD2.50 ke ASD3.20), terdapat jurang yang jelas antara persekitaran mewah tempat beliau bekerja dan kekasaran kehidupan seharian di Yangon.
Tetapi bagi Ma Ae, kehidupan perhotelan dan pelancongan yang berkaitan dengannya adalah satu penyelamat, memberikannya cara keluar daripada kemiskinan dan kesusahan untuk memasuki masa depan yang lebih makmur.
Walaupun wanita bekerja dipandang serong dalam masyarakat Myanmar, dia memperoleh pendapatan lumayan yang bersamaan dengan ASD300-400 sebulan, berbanding ASD100-200 bagi kebanyakan orang biasa di Yangon (purata gaji di bandar raya itu adalah ASD200).
Lagipun, dalam kota yang kebanyakan wanita berkahwin tidak bekerja (ibu Ma Ae sendiri adalah seorang suri rumah), beliau memperolehi pendapatan melebihi apa yang didapati oleh suaminya yang bekerja sebagai penyelia dobi. Dua belas tahun lebih muda, suaminya hanya baru-baru ini naik pangkat. Pendapatannya sebanyak kira-kira ASD250 digunakan untuk membayar segala keperluan sementara gaji isterinya digunakan untuk simpanan dan sedikit kemewahan.
Menurut statistik 2017 dari Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), hanya 50.5 peratus wanita Myanmar menyertai tenaga buruh berbanding 85.5 peratus lelaki. Kadar ini lebih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia (52.5 peratus wanita bekerja), Malaysia (54.8 peratus), Thailand (59.8 peratus), Singapura (60.7 peratus) dan Vietnam (72.7 peratus).
Malah, keluar bekerja dalam sebuah negara Buddha konservatif merupakan satu kejayaan bagi Ma Ae. Bukan saja beliau mampu meraih kebebasan kewangan, tetapi juga telah menabung secara aktif - menyimpan wang sejak setahun setengah yang lalu.
Dalam masa lebih kurang setahun lagi, dia berharap akan mampu menyediakan bayaran pendahuluan untuk membeli sebuah flat di Dagon Utara, sebuah kejiranan yang lebih baik sejauh 20 kilometer dari tempat tinggalnya sekarang, di mana apartmen seluas 600 kaki persegi dijual pada harga bermula ASD10,000.
Ma Ae masuk kerja pada pukul 8.30 pagi. Dia menyelia sepasukan 15 orang kakitangan dan pada hari-hari bekerja biasa, dia akan menghadiri mesyuarat dengan pengurus, memeriksa kualiti bilik (mutu perlu sentiasa dipelihara) dan menandatangani laporan.
Dia komited terhadap pendidikan berterusan untuk kakitangannya dan menggesa mereka menyertai kelas bahasa Inggeris tiga kali seminggu. "Ia penting kerana pelanggan kami hampir kesemuanya orang Eropah."
"Kerja ini memenatkan tetapi saya sukakannya," kata Ma Ae. Dia suka memikul lebih tanggungjawab dalam peranan baharunya dan sentiasa merancang untuk masa depan, dengan berharap untuk menjadi penolong pengurus dalam masa beberapa tahun akan datang.
Namun, sebagai ibu bekerja, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Harga yang terpaksa dibayar untuk mendaki tangga kerjaya ialah masa yang dihabiskan untuk keluarga. Setiap pagi, dia akan membelikan sarapan untuk anak perempuannya, Thada, dan meninggalkannya bersama ibunya sebelum menuju ke tempat kerjanya. Selain itu, dia hanya dapat menikmati masa berkualiti bersama anaknya beberapa jam pada waktu malam.
Jika sebelum ini Ma Ae tidak ada masalah untuk terbang ke luar negara di mana terdapat peluang yang terbaik, kini dia memilih untuk kekal di Yangon kerana di situ ada pendidikan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk anak perempuannya.
Dia tidak kisah dengan waktu kerja yang panjang kerana dia berasakan bahawa perlu untuknya memastikan masa depan lebih baik bagi keluarga dan dirinya. Apabila ditanya apakah yang paling penting baginya, dia menjawab dengan ringkas, "Saya mahu memiliki sebuah rumah atau flat, dan saya mahu anak saya pergi ke sekolah swasta."
Pasukan Ceritalah mengucapkan selamat jalan padanya di sebatang jalan yang sunyi di mana terletaknya blok apartmen kecilnya. Dia menutup pagar ke laluan tangga blok itu dan memeriksa kuncinya sebelum naik ke atas, kepenatan tetapi puas hati, setelah satu hari bekerja tanpa henti dan tidak sabar untuk bertemu keluarganya.
Kekuatan dalaman dan kesungguhan Ma Ae sangat jelas. Dengan sekolah tadika dan flat baharu dalam masa satu tahun akan datang, matlamatnya jelas kristal - "Bagi saya, saya berharap, satu hari nanti saya boleh menjadi seperti mereka di atas."
Ketika ramai pihak yang mengkritik bidang pelancongan - terutama negara-negara 'berkonflik' - tidak dapat dinafikan, impak positif dan manfaatnya bagi komuniti tempatan.
Tetapi, paling penting, seperti yang dapat dipelajari dari kisah Ma Ae, pelancongan boleh mengubah kehidupan - terutama bagi wanita dan mereka yang kurang bernasib baik - malah di negara-negara yang paling sukar.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Sun Nov 10 2019
Ma Ae di sebuah restoran mewah, mirip dengan hotel tempat dia bekerja. Pasukan Ceritalah
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Ceritalah: Kehidupan seorang ibu bekerja di Yangon
Selepas melalui pengalaman enam tahun bekerja di Timur Tengah, Ma Ae kini bekerja sebagai penyelia pengemasan bilik di sebuah hotel lima bintang tempatan.
Bukan 'batu loncatan' mahu jadi PM semula - Najib
Najib berkata beliau menerima jawatan berkenaan atas rasa tanggungjawab semata-mata untuk mengukuhkan parti BN.
95 peratus artis Malaysia tidak mahu ke peringkat antarabangsa - Joe Flizzow
Joe Flizzow yang memenangi Artis Pilihan Asia Tenggara di MTV Europe Music Awards 2018 di Sepanyol menyifatkan kemenangannya itu satu batu loncatan untuk mengembangkan kerjayanya.