Meng, yang juga Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat teknologi gergasi China itu, ditahan pihak berkuasa Kanada pada Disember lalu.
Menerusi temubual dengan portal CNBC, Ren menggunakan metafora sebuah pesawat Soviet, Ilyushin Il-2, yang digunakan pada Perang Dunia Kedua, yang musnah tetapi masih berfungsi.
Katanya, Meng bakal menjadi seorang hero jika dia berjaya menempuhi ujian itu.
Pada masa sama, Ren turut mendedahkan, anak-anaknya tidak pernah berhadapan dengan keadaan sukar.
Meng ditahan atas permintaan kerajaan Amerika Syarikat susulan dakwaan beliau melanggar sekatan dagangan Amerika terhadap Iran.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan ASD7.5 juta sementara menanti permohonan rasmi ekstradisi oleh Amerika Syarikat.
