SINGAPURA: Cef ternama Singapura, Tariq Helou dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada 25 April lalu pada usia 29 tahun.
Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum diumumkan.
Cef berdarah Jepun, Cina dan Lubnan itu mengusahakan restoran mewah Fleurette yang menawarkan hanya 18 tempat duduk di Rangoon Road yang dibukanya pada 2020.
Ibunya, Catherine Yong, memberitahu portal berita The Straits Times bahawa restoran itu akan terus beroperasi meskipun selepas ketiadaan Helou.
"Saya sudah bercakap dengan kakitangan restoran dan mereka telah bersetuju untuk meneruskan operasi buat masa ini," katanya.
Helou merupakan anak sulung kepada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan.
Cef Helou mula terdedah pada dunia masakan ketika usianya mencedah tiga tahun.
Pada usia itu, dia sudah memasak telur goreng "tanpa kebenaran" ibunya.
Dalam wawancara dengan The Straits Times pada 2020, cef itu berkata, sepanjang membesar, dia melihat ibunya memasak dan sering meluangan masa di rumah neneknya yang berasal dari Jepun dan menetap di Singapura.
Cef Helou melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di sekolah kulinari di Switzerland dan menimba pengalaman bekerja di sana.
Dia juga pernah bekerja sebagai cef di Perancis dan Jepun.
Sekembali ke Singapura, dengan bantuan modal mencecah ratusan ribu dolar Singapura sumbangan kaum keluarga dan rakan-rakannya, cef Heou memulakan restoran Fleurette.
Keputusan membuka restoran itu mendapat perhatian ramai pelanggan yang tertarik dengan hidangan elegan yang ditawarkan cef Helou di restoran itu.
Pada 2024, beliau dinamakan "cef paling banyak dicari" dalam enjin carian Google di Asia oleh platform pelancongan Explore Worldwide.
Cef Helou juga berjaya memperoleh 1.62 juta carian di Google pada 2023 dalam kajian itu, yang menyaksikan jumlah carian Google untuk lebih daripada 1,700 chef di seluruh dunia dari November 2022 hingga Oktober 2023.
Dalam senarai cef di seluruh dunia, Helou berjaya menempatkan dirinya di kedudukan ke-7.
Dua cef tersohor antarabangsa, Gordon Ramsay dan Jamie Oliver masing-masing berada di kedudukan nombor 1 dan 2.
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
Seorang ejen publisiti restoran yang baru mula bekerja dengan Fleurette berkata: “Saya baru bercakap dengannya beberapa hari lalu dan semuanya berada dalam keadaan baik Saya sangat terkejut. Saya tidak percaya."
Cef Willin Low, 52, menyifatkan Helou seorang tukang masak yang berbakat besar dan masih muda serta sangat menarik untuk melihat sejauh mana beliau akan meneroka dunia masakan.
“Saya sangat terkejut dan sedih,” kata Willin.
Cef yang berasal dari Perancis Julien Royer, 42, pula mengakui sangat menyenangi Helou.
"Beberapa kali saya bertemu Tariq di Odette atau Fleurette, atau di tempat lain, dia sangat baik dan merendah diri, seorang individu yang bekerja keras dan bersemangat," katanya.
"Semoga dia berehat dengan tenang," kata Royer menitipkan doa.
Sementara itu, cef Shaun Wong, 38, yang sudah setahun berkhidmat di Fleurette selama setahun dan telah berkecimpung dalam dunia kulinari lebih sedekad berkata: “Saya telah bekerja dengan ramai cef dan dia adalah salah seorang yang terbaik. Dia melayan kami dengan sangat baik. Saya sangat seronok bekerja dengannya dan jika ini tidak berlaku, saya boleh menghabiskan sisa hidup saya bekerja dengannya.”
"Helou sangat positif dan optimis, sentiasa percaya bahawa apa sahaja boleh dilakukan." - Agensi
Agensi
Sun Apr 28 2024

Cef ternama Singapura, Tariq Helou dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada 25 April lalu pada usia 29 tahun. - Gambar Instagram

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.