NASHVILLE:Sebuah kenderaan rekreasi (RV) meletup di Nashville, Tennessee di Amerika Syarikat pada awal pagi Krismas.

Polis percaya RV itu sengaja diletupkan, namun belum mendedahkan motif atau sasaran kejadian.

Pihak polis menerima panggilan pada 5.30 pagi selepas beberapa das tembakan dilepaskan di kawasan bandar.

Tidak lama kemudian, kedengaran amaran daripada RV tersebut bahawa satu bom akan diletupkan dalam 15 minit.

Pihak polis kemudian mengosongkan bangunan berdekatan.

Dua anggota pihak berkuasa memberitahu The Associated Press, polis menemui cebisan mayat di lokasi kejadian.

Namun, polis tidak dapat memastikan sama ada ia milik mangsa atau dalang di sebalik letupan.