Rakaman video kejadian itu telah dikongsi ibunya Jennifer Williamson di laman Facebook pada Isnin lalu.
Rakaman video yang mendapat lebih enam juta tontonan itu memaparkan Aaron ‘diperiksa’ oleh seorang pegawai TSA di bilik sekuriti.
Kanak-kanak lelaki itu dilihat menjalani pemeriksaan seluruh badan - di mana dia disentuh pada bahagian ketiak, paha, pinggang, dan beberapa bahagian yang lain.
Lebih mengejutkan, pegawai itu dilihat menyentuh lebih daripada dua kali di bahagian tertentu.
Jennifer yang menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengerikan’ berkata Aaron ditahan lebih satu jam dan mereka "dilayan seperti anjing”.
Video itu kemudian mencetus kemarahan pengguna media sosial.
Netizen menyifatkan rakaman itu ‘amat tidak disenangi’ dan berkata perlakuan pegawai itu ibarat seorang pedofil.
Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan dan meminta penjelasan kenapa kanak-kanak itu diperiksa lebih dari dua minit.
Facebook Jennifer
Namun, ada segelintir pihak yang berkata pegawai keselamatan itu hanya melakukan tugasnya dan tidak mengandungi unsur pedofilia.