NEW JERSEY: Seketul objek berunsur logam yang menghentam sebuah rumah di New Jersey, Amerika Syarikat hingga membuatkan bumbung dan siling kediaman itu berlubang minggu lalu, disahkan sebagai meteorit.
AP melaporkan, objek berkenaan terus terkena lantai kayu rumah itu lalu melantun di dalam ruang bilik tidur.
Sekumpulan saintis dari The College of New Jersey (TCNJ) mengesahkan, objek berukuran 6 kali empat inci dan seberat 1 kilogram itu merupakan batu meteorit chondrite yang jarang ditemui. Pengesahan itu dibuat selepas menjalankan pemeriksaan visual, mengukur kepadatan dan mengimbas imej mikroskop elektron.
Pemeriksaan mereka dipimpin seorang pakar meteorit, Jerry Delaney, iaitu pesara dari Rutgers University dan juga American Museum of Natural History.
“Mendapat peluang meneliti meteorit itu adalah satu kesempatan berharga bagi saya, serta sekumpulan penuntut fizik dan profesor di TCNJ.
“Kami teruja untuk mengesahkan bahawa objek itu adalah meteorit chondrite asli, dalam keadaan baik, dan salah satu daripada contoh chondrite yang jarang direkod bidang sains,” ujar pengerusi jabatan fizik fakulti itu, Nathan Magee.
Keluarga yang menemui batu hitam bersaiz kentang besar itu memberitahu, objek berkenaan dijumpai di satu sudut kediaman mereka, dan dalam keadaan masih hangat sekitar 12.30 tengah hari Isnin lalu. Kumpulan pakar percaya ia baru saja jatuh menghentam rumah mereka ketika ia ditemui.
Tiada siapa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan kerosakan terhadap rumah itu juga tidak terlalu serius. Petugas Hazmat telah dikejarkan ke lokasi untuk memeriksa keluarga itu sekiranya mereka terdedah kepada sebarang bentuk bahan radioaktif, namun kesemuanya negatif.
Agensi
Fri May 12 2023
Pemilik kediaman yang menemui batu hitam bersaiz kentang besar itu memberitahu, objek berkenaan dijumpai dalam keadaan masih hangat. - AP
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
Dua sumber mineral baharu ditemui daripada meteorit di Somalia
Meteorit itu, yang ditemui di Somalia pada 2020, merupakan yang kesembilan terbesar pernah direkod dengan lebar lebih 2 meter.
Serpihan meteorit di Ural di jual dalam talian
Polis Rusia kini menyiasat mengenai dakwaan kononnya serpihan sisa meteorit yang melanda bandar Chelyabinsk Jumaat lalu, telah dijual dalam talian.