Mason,4 tahun, dikatakan sedang makan di sebuah restoran sebelum perhatiannya tertarik pada mesin tersebut yang penuh dengan anak patung dan mainan.
Dia kemudian bertindak memanjat melalui bukaan kecil di bahagian bawah mesin untuk mendapatkan anak patung yang diinginkannya, lapor portal New York Post.
Kejadian itu disedari seorang lelaki yang berada di restoran berkenaan yang bertindak menghubungi pihak bomba.
Mesin arked itu terpaksa dibuka dan Mason berjaya dikeluarkan seketika kemudian tanpa kecederaan.
Dia bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang sebiji bola sepak dan beberapa permainan lain seperti yang diinginkannya.
Kisah dan gambar Mason dikongsikan di laman Facebook Pasukan Bomba dan Penyelamat Titusville sebelum menjadi tular di sekitar Brevard County.