Pihak berkuasa Thailand menemui lebih banyak bom di Hua Hin dan Phuket pada Ahad susulan usaha diperhebatkan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab ke atas siri insiden letupan bom dan serangan yang berlaku beberapa hari lepas.
Di Bangkok, seorang pekerja menjumpai satu objek mencurigakan yang diliputi tanah dalam parit kecil di persimpangan Lamsalee berhampiran daerah Huamak pada 11.15 pagi (waktu tempatan) Ahad.
Selepas diperiksa, ia didapati sebutir bom tangan.
"Sepasukan Polis Pelupus Ordans Letupan (EOD) yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan objek berkenaan adalah bom tangan lama dan membawanya untuk dilupuskan," kata seorang pegawai polis di Balai Polis Huamak pada Ahad.
Bagaimanapun, penemuan bom tangan lama yang mungkin tiada kaitan dengan insiden keganasan terbaharu di wilayah selatan itu, menimbulkan rasa cemas yang memuncak dalam kalangan penduduk Bangkok.
Satu siri serangan ganas di Hua Hin, Phuket, Phang Nga, Krabi, Surat Thani dan Trang menyebabkan empat orang terbunuh dan mencederakan 35 yang lain termasuk 10 pelancong asing.
Seorang pegawai polis di bandar peranginan Hua Hin hari ini mengesahkan mereka menjumpai bom lain pada 11 pagi hari ini sebelum pasukan EOD membawa bahan letupan itu, untuk dilupuskan.
Hua Hin, sebuah bandar peranginan pantai kira-kira empat jam perjalanan dari Bangkok dikejutkan dengan dua insiden pengeboman, pada malam Khamis dan pagi Jumaat, yang mengorbankan dua orang dan ramai yang cedera.
Hari ini, pihak berkuasa turut menemui bom di Phuket dan dua butir lagi bom yang belum diletupkan di Phang Nga semalam, kemungkinan besar diletakkan di situ beberapa hari lalu, namun ia gagal meletup seperti yang dirancang.
Phuket, destinasi percutian yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia digegarkan dengan insiden serangan bom pada pagi Sabtu, tiga hari selepas penemuan dua butir bom yang tidak meletup ditemui tersembunyi di dua pasaran popular di bandar.
Phang Nga, satu lagi destinasi pantai popular turut digegarkan dengan insiden letupan bom pada pagi Jumaat di Bang Niang Market, di daerah Takua Pa.
Bernama
Sun Aug 14 2016

Satu siri serangan ganas di Hua Hin, Phuket, Phang Nga, Krabi, Surat Thani dan Trang menyebabkan empat orang terbunuh dan mencederakan 35 yang lain termasuk 10 pelancong asing. - Gambar fail

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bom dijumpai di Hua Hin, Phuket
Ia bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab ke atas siri insiden letupan bom dan serangan yang berlaku beberapa hari lepas.