Bukan Imam tidak takut dan bimbang. Golongan pendakwah juga bukan tidak resah atau khuatir.
Apabila datang perasaan bimbang, takut atau resah, kalau-kalau mereka mati kerana peluru dan bom, Imam di Pattani, Yala dan Narathiwat segera membulatkan tekad dalam hati, hidup mati diserah kepada Allah semata-mata.
Itu antara perasaan bercampur-baur golongan agamawan khususnya imam-imam di masjid serta surau di selatan Thailand, memberi reaksi kepada rutin harian mereka sejak 16 tahun lalu apabila pemberontakan dan konflik berlanjutan tanpa henti di Pattani, Yala dan Narathiwat.
Mereka hanya hanya mampu berserah kepada takdir Allah dalam usaha menyebarkan Islam di bumi yang bergolak itu.
Imam Masjid Darul Muhajirin, daerah Yareng, Pattani, Ishak Daud, akui sememangnya ada perasan bimbang di hatinya serta rakan-rakan imam di daerah lain apabila mengingati tentang hidup serta mati.
"Mesti ada bimbang dengan ancaman ketika menjadi ketua di dalam solat secara berjemaah atau menyampaikan dakwah. Tetapi, itu tidak boleh jadi alasan untuk kita tunduk daripada menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
"Soal mati, hidup atau bilakah ajal, kita berserah kepada Allah. Tapi kalau kata terjejas memang terjejas juga. Tetapi, adakah hanya kerana terjejas itu langsung tidak boleh kita melakukan aktiviti dalam agama? Tentunya tidak,'' kata beliau semasa ditemui di sini.
Beliau ditanya jika ada perasaan takut menjadi imam masjid di tiga wilayah bergolak apabila golongan itu dijadikan sasaran pihak tidak bertanggungjawab dalam melancarkan keganasan.
BACA: Sukarnya mahu damai di selatan Thailand
Ishak turut merujuk kepada insiden tembak mati yang menimpa Imam Masjid Jamek Pattani, Yaakob Ramaini pada Ogos 2013.
Untuk rekod, Yaakob mati dibunuh dengan kejam apabila ditembak dua das di kepala. Semasa kejadian, Allahyarham sedang membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan di pekan Pattani.
Selepas kematiannya, tempat Allahyarham digantikan Imam Abdul Razak Wan Soh.
Sementara itu, Ishak berkata, perasaan takut mati disebabkan peristiwa yang menimpa Yaakob tidak boleh dilayan kerana pada akhirnya, mereka akan dihantui oleh sifat takut, sekali gus berpotensi menggagalkan usaha untuk menyebarkan syiar Islam.
Di selatan Thailand, imam-imam bertindak memainkan peranan dalam menyampaikan dakwah selain menjadi ketua dalam mengimamkan solat secara berjemaah.
Ishak berkata, imam-imam di selatan Thailand tidak akan cuai menggalas tugas masing-masing dalam memberikan didikan agama kepada masyarakat setempat.
Ujarnya, langkah mereka itu mendapat sokongan daripada pihak Majlis Agama Islam di mana penyampaian dakwah dilakukan setiap minggu menerusi khutbah Jumaat yang disediakan oleh pihak berkuasa agama itu.
Sejak 2004, di mana berlaku rampasan di gudang senjata Chan Airong, Narathiwat, tiga wilayah di seberang perbatasan Malaysia menyaksikan kumpulan pemisah berjuang menentang pemerintahan Thailand yang majoriti Buddha, menduduki kawasan itu lebih seratus tahun lalu.
Putaran keganasan tanpa henti itu menyebabkan hampir 7,000 nyawa melayang, kebanyakannya orang awam.
Malah, keganasan dan konflik menyebabkan anak-anak menjadi yatim piatu ditinggalkan ibu bapa, isteri menjadi janda apabila suami masing-masing maut sama ada ditembak atau dibom.
Angka kematian dicatat menurun di tahap paling rendah tahun lalu ketika junta Thailand memperketatkan kawalan keselamatan di tiga wilayah.
Namun, pada tahun lalu, telah menyaksikan peningkatan keganasan apabila pemisah menunjukkan mereka masih berupaya menjalankan operasi selepas konflik 16 tahun.
Memperkatakan mengenai konflik di selatan Thai, tentera-tentera Thailand didakwa telah bertindak di luar batas kemanusiaan ketika memasuki wilayah-wilayah yang bergolak.
Penentangan dari kalangan penduduk tempatan dibalas dengan penangkapan tanpa bicara pemimpin ulama dan para pengikutnya.
Pihak polis pula menyerang secara senyap terhadap para imam dan guru-guru agama yang dituduh menyebarkan sentimen anti-Bangkok.
Guru-guru agama dan imam di kampung-kampung turut hilang begitu sahaja dan penduduk Islam mendakwa polis Thailand yang melakukannya.
Mereka dituduh menghina agama Islam dan menyebarkan agama Buddha dalam kalangan pelajar-pelajar Islam.
Kumpulan-kumpulan penjenayah juga dipercayai mengambil kesempatan melakukan kekacauan termasuk pembunuhan ke atas pegawai-pegawai polis yang dianggap menjadi penghalang kepada aktiviti-aktiviti haram yang mereka jalankan.
Ditanya mengenai ramalannya adakah akan damai di selatan Thailand apabila mengambil kira aspirasi kepimpinan dan dekad baharu, Ishak enggan menjadi pesimis tetapi berkata, selagi akar masalah tidak cuba diselesaikan, ia akan kekal begitu selamanya.
"Keadaan ini disamakan seperti menggaru di tempat yang tidak gatal; gatal tidak hilang, tetapi tindakan menggaru akan diteruskan,'' kata Ishak sebelum menambah keamanan sememangnya sukar dicapai jika tiada kompromi dan kesepakatan.
Perdamaian di wilayah selatan yang diusahakan Malaysia di mana bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor menjadi perantara, menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak - kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah sukar mencapai beberapa persetujuan dalam beberapa siri pertemuan yang berlangsung sebelum ini.
Dr Azlinariah Abdullah
Thu Jan 09 2020
Imam Ishak Daud, Imam Masjid Darul Muhajirin. - Astro AWANI
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Agamawan perlu terap prinsip rahmah dalam perbahasan agama - Mufti Singapura
Jika prinsip rahmah diberi keutamaan, maka perbezaan pandangan dan khilaf daripada sudut pendapat dapat dibincangkan secara ilmiah.
Agamawan perlu guna media sosial sebar ajaran Islam - Mohd Na'im
Golongan muda terutamanya generasi Z lebih mudah menerima sesuatu ilmu pengetahuan atau ajaran yang disampaikan menerusi media sosial berbanding menggunakan kaedah konvensional.
Gantung tauliah agamawan terlibat jenayah
Hafidzah menggesa kerajaan negeri bertindak segera menangani jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di institusi pendidikan.
Agamawan, pendakwah diminta henti polemik - Idris Ahmad
Sekiranya perkara itu tidak dihentikan ia dikhuatiri akan menimbulkan kecelaruan terhadap mereka yang baru hendak mendalami Islam.
Jangan terlalu emosi keluar komen kepada agamawan - Mufti Kedah
Syeikh Fadzil berkata, Allah meletakkan golongan ulama dan agamawan di tempat yang tinggi dan perlu dihormati masyarakat.
Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.
Bimbang ditembak di bumi bergolak, imam berserah kepada Allah
Imam Masjid Darul Muhajirin, daerah Yareng, Pattani, Ishak Daud, akui sememangnya ada perasan bimbang di hatinya serta rakan-rakan imam di daerah lain apabila mengingati tentang hidup serta mati.
Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat
Golongan ini sering membodohkan masyarakat atas nama agama dan membina ketaksuban kepada mereka.
Hendaklah akal mengukur maklumat
Bekas Mufti Perlis menulis tentang Hari 'Asyura dan kekeliruan beragama.
UMNO tidak membelakangkan agamawan -- Mukhriz
Datuk Mukhriz Mahathir berkata parti berkenaan tidak pernah membelakangkan tokoh-tokoh agama dan pernah ada agamawan yang mendapat undian yang tinggi dalam Pemilihan UMNO terdahulu.