Seorang guru agama ditahan pihak berkuasa, susulan laporan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dia dirogol di sebuah madrasah di Ghazipur, di New Delhi.
Dakwa mangsa, dia telah dipaksa oleh suspek utama itu untuk ke madrasah berkenaan dan mengancam untuk membunuh keluarganya sekiranya membongkarkan rahsia.
Lapor media tempatan, mangsa berkata dia diberikan minuman sehingga tertidur dan apabila sedar pada hari keesokkannya, pakaiannya basah.
“Dia (suspek) membawa saya ke madrasah, mengugut untuk membunuh keluarga dan mengambil telefon saya. Pemilik madrasah itu turut mengugut saya.
“Apabila saya bangun keesokan harinya, pakaian saya basah,” kata mangsa itu.
Gadis itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ayahnya pada 21 April lalu selepas ke pasar.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis mendapati sebelum itu, tertuduh dilihat sedang berbual dengan mangsa dan membawanya pergi.
Selepas mengesan gadis terbabit menerusi panggilan telefon, polis mendapati mangsa berada di sebuah madrasah di Ghaziabad.
Mangsa kemudiannya didakwa diculik dan dirogol oleh seorang remaja lelaki.
Remaja lelaki terbabit telah ditahan di bawah akta perlindungan kanak-kanak dan dihantar ke sebuah pusat tahanan juvana.
Keluarga suspek kemudiannya memaklumkan anak mereka telah dirogol secara berkumpulan.
Hanya pada 27 April lalu, polis telah menahan suspek utama, seorang guru agama yang tidak mengaku bersalah dan menafikan terbabit dalam insiden rogol itu.
Kata isteri suspek, suaminya telah mengajar di madrasah terbabit sejak lima tahun lalu. Ramai gadis yang berguru denganya dan selamat keluar dan masuk madrasah terbabit.
Tidak mungkin suaminya tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kes kini sedang dalam siasatan.
Agensi
Wed May 02 2018

Dakwa mangsa, dia dipaksa oleh suspek utama itu untuk ke madrasah berkenaan dan mengancam untuk membunuh keluarganya sekiranya membongkarkan rahsia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (17 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 18 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri selesai rakam keterangan lebih 6 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
KK Super Mart mengecam kekejaman terhadap haiwan dan bersedia menanggung kos rawatan perubatan anjing tersebut.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Perintah reman dikeluarkan Majistret terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.