WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyelar tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang bersedia mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menteri-menteri Kabinetnya.
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan
“Dan izinkan saya jelas: Apa sahaja yang didakwa oleh pendakwa ini, tiada persamaan – langsung tiada - antara Israel dan Hamas. Kami akan sentiasa berdiri bersama Israel menentang ancaman terhadap keselamatannya,” kata Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh White House.
Pentadbiran Biden berulang kali menyatakan sokongan "kukuh" kepada Israel di tengah-tengah peperangan, walaupun dalam masa sama semakin lantang menyuarakan kebimbangan terhadap angka kematian orang awam yang tinggi di Gaza selain halangan untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan.
Kenyataan terbaharu Biden itu dibuat sebagai reaksi terhadap kenyataan ICC yang bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan menteri-menteri Kabinet Israel.
Satu notis permohonan telah diserahkan Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan, kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Pengumuman permohonan waran tangkap oleh ICC itu menyaksikan kali pertama dilakukan ke atas pemimpin sekutu utama AS sekali gus bakal meletakkan Netanyahu di kedudukan sama seperti Presiden Rusia, Vladimir Putin dan bekas pemimpin Libya, Muammar Gadafi, yang mana kedua-dua pemimpin itu merupakan adalah suspek penangkapan oleh ICC.
Dalam masa sama, Karim Khan dari ICC menepis kritikan terhadap usaha tribunal untuk mendapatkan waran.
"Tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang," katanya dalam wawancara eksklusif bersama penyampai berita CNN, Christiane Amanpour.
Baik AS mahupun Israel – kedua-dua negara itu bukan ahli ICC.
Bagaimanapun, sekiranya ICC mengeluarkan memberikan waran tangkap terhadap Netanyahu atau mana-mana menteri Kabinetnya, keputusan itu akan menyukarkan mana-mana pemimpin Israel untuk pergi ke mana-mana daripada 124 negara yang terlibat dalam undang-undang mahkamah, termasuk sekutu utama AS seperti Britain dan Jerman.
Ia sekali gus akan memaksa negara anggota untuk bekerjasama dengan usaha mengekstradisi mereka yang tertakluk kepada waran.
Laporan berhubung permohonan ICC untuk mengeluarkan waran terhadap pemimpin Israel turut dikecam Britian.
Sekutu rapat AS seperti Britain berkata, usaha mahkamah itu "tidak membantu" dalam mencapai jeda dalam pertempuran.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pula berkata, Amerika pada asasnya menolak" pengumuman mahkamah sambil menegaskan, ia "boleh menjejaskan" usaha berterusan untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian tebusan antara pihak yang bertelagah.
Pentadbiran Biden juga mempersoalkan sama ada ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendapatkan penahanan tersebut.
Speaker Dewan Rakyat, Mike Johnson menyifatkan usaha ICC sebagai "tidak berasas dan tidak sah." - Agensi
Agensi
Mon May 20 2024
Joe Biden menyelar tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang bersedia mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menteri-menteri Kabinetnya. - Gambar fail
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.