WASHINGTON: Presiden AS Joe Biden pada Selasa berkata beliau akan berlepas ke Hawaii tidak lama lagi susulan tragedi kebakaran yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 99 nyawa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Isteri saya, Jill, dan saya akan pergi ke Hawaii secepat mungkin," kata Biden semasa berucap di Milwaukee, Wisconsin.
Dalam pada itu, Biden berkata beliau mahu memastikan bahawa penduduk Maui mendapat sokongan yang diperlukan.
"Semua yang mereka perlukan, mereka akan dapat," janji presiden itu.
Presiden AS itu juga berkata beliau menghubungi Gabenor Hawaii Josh Green pada Selasa untuk membincangkan pemulihan Hawaii selepas tragedi kebakaran tidak terkawal itu.
"Saya meyakinkan gabenor bahawa Hawaii akan terus menerima bantuan yang diperlukan daripada kerajaan persekutuan," kata Biden dalam catatan di media sosial.
Kebakaran hutan berlaku pada 8 Ogos di beberapa kawasan di Maui dan pulau berhampiran Hawaii.
Pekan kecil Lahaina di Maui, yang mempunyai 13,000 penduduk turut terjejas.
Sehingga pagi Selasa, jumlah kematian yang disahkan adalah 99, dan hanya empat mangsa telah dikenal pasti setakat ini, menurut polis Maui.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023

Kebakaran berlaku pada 8 Ogos di beberapa kawasan di Maui dan pulau berhampiran Hawaii. -Reuters

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS
Polis Honolulu menggesa orang ramai "mengelakkan kawasan itu kerana pasukan pertolongan cemas memberikan bantuan perubatan dan lain-lain."

4 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Hawaii
Satu insiden tembakan di Honolulu County, Hawaii pada Sabtu malam mengorbankan empat orang termasuk suspek manakala dua lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

1 maut, 2 hilang helikopter terhempas di Hawaii
Seorang disahkan maut dan dua lagi masih hilang selepas sebuah helikopter terhempas ke laut di Kauai, Hawaii pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Biden janji bantu mangsa kebakaran di Hawaii
Presiden AS Joe Biden pada Selasa berkata beliau akan berlepas ke Hawaii tidak lama lagi susulan tragedi kebakaran yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 99 nyawa.

Kebakaran di Maui: Pengurusan bencana dipersoal selepas angka korban mencecah 89
Kebakaran hutan di pulau Maui Hawaii telah mengorbankan 89 nyawa, manakala lebih ramai lagi dikhuatiri maut.

Angka kematian akibat kebakaran di Hawaii meningkat kepada 89
Angka kematian akibat kebakaran di Hawaii meningkat kepada 89.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kebakaran di Hawaii: Biden arah semua aset persekutuan dihantar bantu respons kecemasan
Kebakaran yang dicetuskan Taufan Dora itu menyebabkan banyak kerosakan dan ribuan penduduk di Pulau Maui terpaksa dipindahkan.

Sekurang-kurangnya enam maut kebakaran di Hawaii
Datuk Bandar Maui County, Richard Bissen, berkata enam disahkan maut dan usaha mencari masih dijalankan.

KD Lekir dalam RIMPAC bukti daya tahan aset TLDM
Kemampuannya mengharungi cabaran pelayaran dan melaksanakan setiap siri latihan tanpa gagal adalah sesuatu yang perlu dibanggakan.