Kerajaan Indonesia menetapkan biayaan untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tahun ini adalah sebanyak Rp34.890 juta (kira-kira RM12,000) iaitu meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding tahun lepas.
Media-media dalam talian memetik Ketua Komisi VIII Dewan Perwakilan Rakyat Ali Taher Parasong berkata antara faktor kenaikan kos itu disebabkan kejatuhan pertukaran wang rupiah berbanding dolar Amerika dan kenaikan harga bahan api pesawat.
Katanya bagaimanapun kerajaan memberi perkhidmatan tambahan termasuk makan minum sebanyak dua kali sehari selama jemaah berada di Makkah dan Madinah.
Beliau berkata selain itu khemah yang digunakan untuk wukuf di Arafah juga adalah khemah baharu yang anti panas dan dilengkapi pendingin ruangan.
Indonesia adalah negara paling banyak jumlah umat Islam di dunia dan jumlah jemaah haji tahun ini sebanyak 221,000 orang iaitu tambahan sebanyak 31.4 peratus berbanding tahun lepas.
Bersempena lawatan Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Indonesia baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bersetuju mengembalikan kuota asal jemaah haji di samping kuota tambahan khas untuk Indonesia. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 28 2017
Indonesia adalah negara paling banyak jumlah umat Islam di dunia dan jumlah jemaah haji tahun ini sebanyak 221,000 orang iaitu tambahan sebanyak 31.4 peratus berbanding tahun lepas. - Gambar fail
Jalan berlubang bukan benam atau mendapan tanah tambak
Kejadian jalan berlubang yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, disahkan bukan akibat mendapan tanah tambak.
Perkasa tatakelola institusi infaq, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat, sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk bersedekah.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Pasukan petugas khas KKM siasat kematian pakar patologi
Kementerian Kesihatan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden kematian seorang pakar perubatan patologi di Lahad Datu, baru-baru ini.
PM Anwar tiba di Islamabad untuk Lawatan Negara, disambut Shehbaz Sharif
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi di sini, jam 7.55 malam waktu tempatan.
Pelajar tingkatan satu maut jatuh bangunan
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra pada Selasa.
Sepanyol evakuasi 350 warganya dari Lubnan susulan ketegangan
350 individu itu menyatakan hasrat untuk kembali ke Sepanyol berikutan situasi tegang di Asia Barat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (02 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.
Kedaulatan Lubnan harus dipelihara - Arab Saudi
Arab Saudi teguh memberi sokongan kepada Lubnan yang menjadi sasaran terbaharu Israel.
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Arab Saudi tidak akan jalin hubungan dengan Israel tanpa Palestin - Putera Mahkota
Kerajaan Arab Saudi tidak akan berhenti daripada menubuhkan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu kotanya.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Indonesia bawa pulang satu mata dari Jeddah
INDONESIA membuka gelanggang kempen Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan nada menyakinkan apabila mengikat gergasi Asia, Arab Saudi, 1-1 di Stadium Raja Abdullah, Jeddah.
Arab Saudi kecam cadangan menteri Israel bina rumah ibadat Yahudi di Masjid al-Aqsa
Arab Saudi pada Selasa mengecam kenyataan Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir yang mencadangkan pembinaan sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.
Arab Saudi anjur pameran interaktif perkenal platform Nusuk di Malaysia
Pameran interaktif dianjurkan untuk memperkenalkan Nusuk yang bertujuan menawarkan pengalaman yang lancar dan memperkaya pengunjungnya.
GAIN 2024: Arab Saudi raikan lebih 300 penceramah AI global
GAIN 2024 akan menampilkan eksekutif tertinggi dari Silicon Valley, penggubal dasar yang berpengaruh dan penyelidik AI terkenal.