SEORANG wanita mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar ‘elaun’ sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) sebelum dia bersetuju untuk hamil, lapor portal berita MailOnline baru-baru ini.
Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang merupakan seorang jutawan, Jamal Al Nadak.
Mereka kini tinggal di Dubai dan sudah berkahwin selama tiga tahun.
Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok @soudiofarabia baru-baru ini, Soudi bercakap mengenai kehamilannya.
“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.
Soudi menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil serta akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.
Dia memberitahu pengikut-pengikutnya di media sosial: “Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.
“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).” – AGENSI/ Gempak
Gempak
Mon Dec 25 2023
Soudi Al Nadak dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang merupakan seorang jutawan, Jamal Al Nadak.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bertuah badan! Isteri dapat 'elaun' RM1.39 juta setiap kali hamil
Elaun serta akses penuh ke atas kad kredit suami merupakan rundingan yang dibuat sang isteri sebelum proses kehamilan.