Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Julai 2023.
1. Vietnam haramkan filem 'Barbie' gara-gara zon kontroversi
Vietnam telah mengharamkan filem terbitan Warner Bros, Barbie, daripada diedarkan untuk tayangan domestik selepas mengetahui terdapat adegan menunjukkan sebuah peta memaparkan kawasan Laut China Selatan yang ditandakan sebagai wilayah China.
2. Agensi pengiklanan mengaku Filipina guna imej pelancongan dari negara lain
Pejabat pelancongan Filipina menerima tamparan hebat apabila penyunting projek video bagi mempromosi negara kepulauan itu sebagai destinasi percutian, mendedahkan bahawa mereka telah menggunakan imej dari negara-negara lain.
3. Letupan bangunan di Tokyo, empat cedera
Satu letupan dilaporkan berlaku melibatkan sebuah bangunan di Shimbashi dekat Tokyo, Jepun, menurut polis tempatan.
4. Rusuhan di Perancis beransur reda
Terdapat keganasan berlaku di Perancis pada Ahad malam tetapi rusuhan yang menggegarkan negara itu selama beberapa hari semakin reda, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
5. Objek tidak dikenali melintasi ruang udara kediaman PM Modi di New Delhi
Polis India pada Isnin melancarkan siasatan susulan maklumat mengenai kemunculan objek mencurigakan yang terbang di ruang udara di kediaman Perdana Menteri Narendra Modi di New Delhi, lapor Xinhua.
6. Lawrence Wong dilantik Pengerusi baharu Penguasa Kewangan Singapura
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MAS berkuat kuasa Sabtu, lapor Xinhua.
7. Tembakan di Baltimore: Suspek seorang pengecut - Datuk Bandar
Pihak berkuasa Baltimore, Amerika Syarikat (AS) giat memburu suspek insiden tembakan yang mengakibatkan dua maut, manakala 28 lagi cedera dalam kejadian pada pagi Ahad.
8. Israel larang imam Masjid al-Aqsa lakukan perjalanan ke luar negara selama sebulan
Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr. Ekrima Sabri dikenakan larangan perjalanan ke luar negara selama sebulan oleh rejim Israel atas dakwaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel.
9. Israel lancar serangan udara di Tebing Barat
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas bandar Jenin di Palestin pada awal pagi Isnin yang menyasarkan infrastruktur penduduk Palestin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
10. Sweden mahu ketatkan peraturan kemasukan susulan insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden mengumumkan pada Ahad negara ini ingin menghalang individu yang "cuba datang ke Sweden dan melakukan jenayah" selepas insiden membakar al-Quran, di Stockholm minggu lalu.
Astro Awani
Mon Jul 03 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anwar seru Malaysia, Pakistan perkasa usaha perangi ekstremisme, keganasan
Malaysia dan Pakistan perlu memperkasakan usaha untuk menentang ekstremisme radikal dan keganasan.
Ini hanya pusingan pertama - Hezbollah
Hezbollah mempunyai cukup pejuang, senjata dan peluru untuk menyingkirkan Israel.
Menantu Hassan Nasrallah terkorban dalam serangan udara Israel di Syria
Hassan Jafar Qasir, menantu kepada pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan udara Israel.
Israel lancar serangan udara di tengah Beirut
Serangan udara turut menyebabkan kerosakan pada rumah-rumah berhampiran serta beberapa kenderaan yang diparkir di sekitar kawasan berkenaan.
Pasukan MALBATT di selatan Lubnan selamat, tiada kerosakan aset - Mohamed Khaled
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berada di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terbunuh awal Rabu dalam serangan udara Israel ke atas kemudahan yang melindungi penduduk kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Pusat strategik wilayah diduduki disasar, 90 peratus misil kena sasaran - IRGC
Beberapa pangkalan tentera udara dan radar telah disasarkan dalam operasi berkenaan.
Biden tegaskan sokongan penuh ke atas Israel
Biden kini dalam rundingan dengan pemimpin tertingginya mengenai tindak balas sesuai dilaksanakan ke atas Tehran.